Monday 8 August 2016

CERPEN : LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 7

LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 7

WRITER : NIARISYA
.
.
.

"Aku balik dulu .'Bye' !" Tanpa menunggu kata putus dari Affy , dia terus berlalu dan meninggalkan insan yang bernama Affy . "Ira ! Tunggu" Teriak Affy . Malang sungguh nasib jejaka itu. Ira tidak mendengar kata-kata Affy . Kini , Ira sudah tidak mempunyai perasaan pada Affy . Selepas kejadian itu , baginya Affy sudah tidak wujud . Malah dalam kotak ingatannya juga , sudah tiada lagi seorang insan yang bernama Affy yang dahulu pernah berada dalam hati Ira . "Hello , assalamualaikum papa . Ini Ira ni , malam ni ira balik ye pa ? Ira dah lama tak luangkan masa dengan mama dengam papa." Terubat juga rasa rindunya setelah mendengar suara ayahnya di corong telefon . "Ya Allah rindunya papa kat anak papa ni , balik lah . Kami tunggu , malam ni papa suruh mama masak 'special' punya untuk Ira ." Kata Umar . "Eh papanya , meh sini saya nak bercakap dengan anak saya pulak .. Asyik awak aje , bak sini telefon awak tu ." Puan Mia Laila , ya ! Dia ibu kepada Ira . "Sayang anak mama , malam ni balik ye . Mama masakkan makanan kegemaran Ira . Tak sabar mama nak jumpa kamu Ira . Ada benda penting mama nak cakapkan ." Kata Laila sambil memandang suaminya . "Oh okay boss , malam ni Ira datang dengan kawan-kawan Ira ." Panggilan diputuskan . "Wei Mimi , Putri . Malam ni tak payah masak . Kita makan kat rumah mama aku ." Ira memberitahu kepada Mimi dan Putri yang sedang leka dengan laptop masing-masing .

"Assalamualaikum , mama , papa ..." Ira memberi salam . Pintu di buka oleh Laila,mamanya . "Ha dah sampai pon anak kita bang , eh ni Mimi dengan Putri  kan ?" Soal Laila . "Dah besar dah ye , dulu kecik aje ." Seloroh Laila . "Ha ni jemput makan , asyik nak berborak aje , bila nak makan pun papa tak tahu la ."  Umar menghentikan perbualan Laila bersama mereka . "Erkk sedapnya masakan makcik . Alhamdulillah kenyang . Hehe." Mimi ketawa kecil . "Fuh dah lama tak makan masakan makcik , makin lama makin sedap." Puji Putri . "Sedap,sedap" Ira menyambung makan nasi yang berlaukkan kari kepala ikan . "Sedap sangat la tu." Kata umar . 'Apa papa ni orang tengah syok makan dia tegur pulak . Aduhai lantak la labu , lepas ini aku nak tambah lagi . Dah lama tak rasa air tangan mama . Kari kepala ikan pulak tu' Selera Ira makin bertambah . Selesai makan mereka menuju ke ruang tamu . "Kalau macam ni la tiap hari ma , Ira boleh kenyang seminggu tau ! Hehe." Ira berseloroh . "Pandai Ira buat lawak ." Tambah Laila . "Anak sape , mesti lah anak abang . Ikut ayah dia." Umar membetulkan cermin matanya sambil tersenyum . "Ira , sebenarnya papa dengan mama nak beritahu sesuatu ." Umar berkata . Serius ! . "Apa dia ?" Soal Ira . "Sebenarnya ada orang hantar cincin tunang . Ini dia." Laila menunjukkan cincin itu kepada Ira . "Oh siapa yang bagi ni ma ?"Laila tidak sabar menunggu jawapan dari mulut ibunya ."Aiman anak maklang . Tapi kalau Ira tak terima kami pulangkan balik cincin ni . Tak elok disimpan lama-lama . "Okay Ira setuju." Mimi , Putri , Laila dan Umar terkejut dengan jawapan Ira . "Okay kalau macam tu esok maklang datang . Esok mama beri jawapan kamu tu ye ." Laila bersuara.

"Weh serius ke kau nak tunang dengan Aiman tu ? Seingat aku la dia buaya darat tau . Memang lah dia kacak tapi kau serius ke ?" Mimi dan Putri menanyakan soalan yang sama . "Ye aku serius , lagi pu  aku dah tak ada perasaan apa-apa dekat si Affy tu dan aku masih lagi tak akan maafkan dia ." Lancar Ira berkata . "Eh korang jom masuk tidur , aku dah ngantok lah . Esok ada kelas lagi . Esok nak kena hadap muka Affy tu lagi . Aku berbulu betul . Hahaha aduhai ." Seloroh Ira . Mereka bertiga masuk tidur . Lena diatas katil kesayangan mereka ditambah lagi dengan pendingin hawa yang membuatkan mereka tidur dengan nyenyak . "Korang pergila mandi . Kita dah lambat ni nak pergi kelas ." Ira mengejutkan Mimi dan Putri . 'Dia orang ni kalau tidur , tidur mati .. Geram pulak aku .' Hatinya berdesis menandakan geram . "Haa ambik kau" Ira menjirus dua insan yang sedang nyenyak tidur itu dengan gayung . "Ha bangun pun , dah sekarang pergi mandi." Tegas Ira .

No comments:

Post a Comment