Friday 9 December 2016

Luka Dihati Berdarah Lagi 13

LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 13

AUTHOR : AIN BATRISYIA AZHAR

.
.
.

        Malam itu , Ira mengidam untuk makan laksa . Ira mengejutkan Affy untuk bangun dan belikan laksa untuk dia . "Abang .. bangun la .. Ira lapar la . Baby dalam perut ni lapar . Anak abang nak makan laksa ni." Ira membuat suara manja . "Erm esok la sayang ." Affy tidak mengendahkan panggilan Ira kerana masih mengantuk . Ira sudah mengejutkan Affy beberapa kali sampai Ira sudah muak dan bertindak untuk keluar rumah pada waktu malam seorang diri dengan membawa kereta semata-mata untuk membeli laksa . "Ish kenapa la aku tak pujuk Affy tadi , ni nak beli laksa kat mana malam-malam buta ni . " Ira menghentak stereng kereta . Ira memandu tanpa hala tuju , akhir sekali dia membuat keputusan untuk balik ke rumah ibunya . Dalam perjalanan Ira berasa sangat mengantuk . Ira tidak perasan bahawa di hadapannya ada sebuah lori . Dalam keadaan separuh sedar , dia ingin mengelak dari berlanggar dengan lori tersebut namun nasib tidak menyebelahinya . Lori tersebut tiba-tiba melanggar kereta Ira dan kereta Ira jatuh ke dalam gaung .

          "Ira !!!! " . Jerit Affy . Affy bangun dari mimpi ngeri dan melihat di sebelahnya .

Monday 8 August 2016

CERPEN ; LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 11

LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 11

WRITER ; NIARISYA

.
.
.
GUYS LEPAS NI KORANG KENA TUNGGU ISYA PUBLISH AND UP TO DATE SIRI YANG KE 12 OKAY READERS2 YANG DISAYANGI SEKALIAN ..

"Abang , cepat lah . Ira dah lambat ni ." Laung Ira dari tingkat bawah . Ira dan Affy sudah berpindah ke rumah sendiri , untuk berdikari sebagai suami isteri yang sah . Dr.Nia Hadira , ya ! Selepas Ira pulang ke Malaysia , beberapa minggu kemudian Ira mendapat tawaran dari sebuah Hospital kerajaan di Kuala Lumpur . Affy juga seorang doktor , tetapi dia pula mendapat tawaran dari Hospital swasta yang juga terletak di Kuala Lumpur . Affy sudah menyandang gelaran Dr. Affy Al-Rayyan , sebulan sebelum Ira pulang ke Malaysia . Jadi , lelaki itu sudah terbiasa dengan kerjanya sebagai doktor . "Okay-okay abang datang ! Kejap ! Mana Ira letak tali leher abang?" Affy pula yang geram dengan Ira .'dah tahu lambat tolong carikan tali leher abang .. Lagipun abang yang drive , bukan Ira .' Desisnya . "Dekat dalam almari la bang . Ha cepat sikit tau . Lambat dah ni ." Laung Ira dari tingkat bawah . "Ha okay dah jumpa . Lain kali cakap la awal-awal ." Affy sedang mengikat tali lehernya . 'Huh kesian pulak laki aku ni' Ira berasa kasihan terhadap suaminya yang sedang mengikat tali leher , yang sepatutnya menjadi tugas isteri . "Ish sini la Ira tolong . Kesian abang ." Ira mempamirkan senyuman manisnya . 'Eh Ira ni menggoda je karang tak jadi pergi kerja kang' Affy tersenyum nakal . "Okay dah siap boss" Ira membetulkan tali leher Affy supaya kelihatan kemas . Dalam perjalanan sempat mereka singgah membeli nasi lemak kukus berlauk di gerai Mak Teh . "Abang kejap lagi jemput Ira tau . Macam biasa pukul 6 okay ? Bye abang ." Ira menghempaskan pintu kereta . "Okay sayang ." Affy tersengih . ' Ish bini aku ni kasar jugak kan , nasib baik mercedes aku ni kebal . Kalau tak dah lama cabut dah .' Sempat lagi Affy merenung Ira dari jauh . Pacuan empat roda itu terus memecut meninggalkan hospital itu . "Alhamdulillah sampai pon " . Affy sudah sampai ke hospital itu , yang sudah menjadi tempatnya berkerja . Affy melangkah masuk ke hospital ramai peminat Affy di Hospital termasuk doktor-doktor dan jururawat di situ meminati Dr. Al-Rayyan . Mata Affy memandang ubat yang berada di tangannya itu . "Nurse saya nak nurse beri ni pada pesakit saya ". Affy mengarahkan jururawat itu supaya menjalankan kerjanya . Jururawat itu memandang Affy dengan polos . "Baik doktor Affy , I beri pada pesakit you ni ya doktor" . Jururawat yang bernama Linda itu mengenyitkan matanya pada Affy . Sayangnya Affy tidak pandang wanita itu . Padan muka Linda ! Affy sudah masak perangainya itu . Tergedik gedik sudah serupa sotong . Menggeletis sahaja !

   "Sayang abang dah balik". Affy menanggalkan kasutnya perlahan lahan . "Uwerkkk" Kedengaran Ira muntah di bilik air tingkat atas . Lantas Affy melangkah ke tingkat atas . "Ira okay tak ni ? Macam tak okay je ? ."  Tanya Affy . "Entahlah Ira rasa loya la . Takpela bang Ira nak tidur dulu " Ira berkerut menahan loya . "Uwerkkk" Affy memapah Ira ke atas katil . "Ish sayang jom pergi klinik nak ? Kita check up . Risaulah abang ." Ira menggelengkan kepalanya . "Ira nak tidur je la, by the way makanan dah ada kat bawah tudung saji . Abang makan la ye . Ira tak larat nak turun bawah . Rasa nak tidur je ni ". Affy mengusap kepala isterinya itu . "Iye sayang takpe . Affy makan sekejap ye . Karang Affy naik balik atas ". Affy melangkah keluar dari biliknya .
'Ting tong' Affy meluru ke pintu rumahnya dan apabila pintu itu dibuka . Wajah yang dibenci Affy itu terus memeluk Affy . "Kau nak ape ni Linda . Kau ingat sikit aku ni suami orang . Please berhenti kejar aku . Kau tak malu ke ha . Banyak laki lain kat luar sana . Dengar sini eh aku tak suka tengok muka kau benci tahu . Benci ". Affy terus menghempas pintu rumahnya . "Betina ni murah betul maruah kau !" Affy mendengus kasar .

(HAAAA YG KE 11 NI MOHON JANGAN MUNTAH . TAPI SWEET KAN ? AUCH . SI AFFY TU CARE . TUNGGU YANG KE 12 . TENGOKLAH PERANGAI IRA MASA MENGANDUNG ! MESTI KORANG GELAK AND RASA GERAM .. TELUR DINASOUR LA IKAN YU LAH . MACAM MACAM MENGIDAM )

HAAA SABAQ NAAAAA !!!!!!

[LIHAT DI BAWAH 😍😍😍😍]











































.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

CERPEN ; LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 10

LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 10

WRITER ; NIARISYA

YALL TAK SANGKA DAH SIRI YANG KE 10 ..

SO MY READERS2 .. HOPE KORANG HAPPY K

Akhirnya , Ira terlepas dari belenggu di Kuala Lumpur , dan kenangan yang berada disana . Kini Ira telah pun memijakkan kakinya diatas bumi England . Tujuannya ke England sebenarnya hanya untuk merawat hatinya yang luka dan untuk melupakan kesengsaraan yang pernah dia alami . Telefon Ira berdering . "Hello Ira speaking .." Ira cuba menyuaikan dirinya di bumi asing itu . "Ira , please tak payah nak speaking sangat .. ni aku Mimi . Putri pun ade ha. So kau kat mana ? Aku tunggu dekat balai ketibaan ni . Tak sabar nak jumpa kau . Hehe ." petah Mimi berkata . Ira menarik beg rodanya yang sarat dengan barang-barang miliknya . "Wah Ira , so how ? Macam mana kau dengan Affy ? Best tak ?" Pertanyaan Putri membuat hati Ira tiba-tiba tersentak . "Oh aku dengan dia okay , biasa-biasa aje. Yang kau ni kenapa tanya ? Eh dah la .. korang tolong la aku angkat beg ni berat la.." keluh Ira . "Okay princess." Mimi tersenyum . Sampai dirumah sewa Mimi dan Putri . Ira terus masuk ke bilik tamu yang akan menjadi biliknya semasa dia berada di England . Ira melelapkan matanya buat pertama kali pertama di bumi asing itu .

Semasa berada di Universiti , Ira bertemu semula bersama kawan-kawan baiknya di sekolah menengah . Mereka adalah , Eizwan Arry , Alif Farhan , Zikri Zareef  dan Daniel Airil . Ira hanya selesa berkawan dengan budak lelaki sahaja semasa di sekolah menengah namun , sekarang Ira sudah punya dua kawan baik perempuan mereka Mimi dan Putri . Wan , Aan , Ziza dan Niel adalah kawan Ira sejak tingkatan satu .Di antara empat jejaka itu . Hanya seorang yang berkelakuan pelik . Dia ialah Ziza . Ziza berpewatakan lembut . Namun dia bukan lah seorang lelaki yang dalam bahasa kasarnya 'pondan' . Kini Ira sudah punya ramai kawan . Terutama kawan baharunya , Irfan Zikry yang juga menyambung pelajaran ke bumi England itu . Walaupun Ira , mempunyai ramai kawan-kawan lelaki , namun Ira tidak melupakan suaminya yang berada di beribu batu jauhnya dari sisi Ira . Malah Ira rindu dengan Affy . Dia rindu menatap wajah jejaka itu . Entah apalah khabarnya . Termasuk tahun ini sudah menjangkau lima tahun , Ira di England diatas sebab menyambung pelajaran. Lagi tiga bulan , Ira akan balik ke Malaysia , tanah airnya bersama kawan-kawannya Mimi , Putri , Wan , Aan , Zikri dan Niel . Merekalah insan yang tidak pernah jemu menemani Ira sepanjang tempoh lima tahun . Ya ! Lama sungguh Ira berada di bumi England itu . Sepanjang tempoh lima tahun itu , Ira tidak pernah pulang ke Malaysia .. Kerana hatinya itu benar-benar terluka . Namun sekarang , dia sudah bisa melupakan kejadian lima tahun lepas . Tiga bulan kemudian , Ira dan kawan-kawannya pulang ke Malaysia . Semasa Ira melangkahkan kaki bersama kawan-kawannya , pada masa itulah mata Ira terpandang seseorang . 'Ya Allah makin kacak suami aku' desis hati Ira . "Hai sayang , welcome back . Lepas ni abang dah tak payah peluk bantal peluk lagi , abang boleh peluk Ira ." Hati Ira jadi sebak tiba-tiba . Affy memeluk Ira dalam dakapannya . "Abang , Ira minta maaf selama ni .. Ira tak pernah pulang ke Malaysia jenguk abang . Jenguk mama and papa . Ira minta maaf Affy ." Airmata Ira mula merembes keluar dari kelopak mata milik Ira . "Tak ape Ira , Affy faham" Kawan-kawan Ira , hanya memandang mereka . Mereka faham , Ira rindu pada suaminya , Biarlah Ira melepaskan rindunya pada Affy sepuas-puasnya .

WUUUU ~~

.
.
.
.

CERPEN ; LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 9


LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 9

WRITER ; NIARISYA

HAI GUYS ! JOM KITA BACA SAMBUNGAN YG KE 9 !
.
.
.

"Beb aku rasa lebih baik kau jumpa aku sekarang , kat depan kedai Jakel . Sekarang . Now ." Ira bergegas ke sana . "Assalamualaikum Mi , kenapa ? " Tanya Ira . "Jangan banyak cakap . Ikut aku sekarang . Aku nak kau tahu kebenarannya ." Tegas Mimi . Ira pelik mengapa Mimi mengajaknya ke hotel pula ? . "Ya Allah apa abang buat dengan Ara ni ? Apa semua ni ? " Ira terkejut melihat dua tubuh manusia diatas katil itu . "Err abang ... abang .. minta maaf ... abang tak sengaja ...." Aiman cuba menafikannya . "Ara apa semua ni ? Kau tahu kan Aiman ni tunang aku . Affy kau rampas , Aiman pon kau nak rampas cukuplah Ara ." Saat itu api amarah tidak dapat ditahan lagi . "Hahaha abang Aiman sayang aku , tu pasal dia tidur dengan aku , hahahah." Tawa Ara . "Ara kau hati busuk Ara , muka cantik tapi kau bodoh . Kau tengok Ira ni . Pandang muka dia kau tak kesian ke ? Lepas Affy , Aiman pulak ye kau rampas . Malah kau tidur dengan dia ." Giliran Mimi pula bersuara . Lantas Ira layangkan satu tamparan yang bisa membuatkan Ara jatuh terduduk . "Aiman tengok betina ni , dia tampar I . Sakit ." Baru sahaja Aiman hendak menampar pipi Ira. Ada tangan yang menghalang gadis itu dari ditampar . Affy , dialah yang menjadi penghalang . Mujur ada Affy . Kalau tidak Ira sudah ditampar buat kali kedua . "Kau buat apa ni ha Aiman ? Kau sedar tak ? Ira ni tunang kau . Bakal isteri kau . Tapi kau tak hargai dia . Kau tak sayang dia ! . Perempuan sundal ni juga yang kau pilih . Kalau kau nak tahu Ara ni pernah jadi kekasih aku tapi apabila aku dapat tahu yang dia ada orang lain , hati aku remuk tau . Ira perempuan yang baik ni kau tolak , perempuan celaka ni jugak kau pilih . Nasib kau malang .  Ira tak layak ada tunang macam kau , apatah lagi nak jadi suami dia . " Selepas Affy membela nasib Ira yang hampir ditampar tadi , Ara cuba melarikan diri . Tetapi dihalang oleh Ira . "Sebelum kau larikan diri aku nak kau rasa ni Ara . Aku nak kau rasa apa yang aku rasa."
Pang ! Satu tamparan yang sangat hebat dilayangkan di pipi Ara . Ara melarikan diri sehingga dia telah dilanggar oleh lori . Ara telah digilis oleh lori . Ara meninggal dunia di tempat kejadian . Semenjak peristiwa itu , Aiman telah putuskan hubungan dengan Ira .
  "Ira , kau okay tak? Makan la sikit." Ira trauma kerana kejadian tempoh hari . "Aku tak nak , aku cakap aku tak nak , aku tak nak la . Affy get out please . Aku benci tengok muka kau ." Nada suara Ira makin meninggi . "Okay fine aku tahu tapi aku ni dah jadi suami kau . So kau kena dengar cakap aku . Makan ni . Aku nak keluar kejap beli barang ." Tegas Affy . Affy menjadi suami kepada Ira kerana atas pilihan keluarga . Dalam diam rupa-rupanya , tanpa Ira tahu . Keluarga Affy adalah kawan rapat kepada Umar Hilman , ayahnya . Jadi , kedua-dua pihak itu bersetuju untuk menjodohkan mereka berdua . "Mama Ira nak fly pergi England . Ira nak sambung belajar . Ira nak cari ketenangan kat sana ma ." Serius Ira bersuara . "Mama tak kisah tapi , Ira kena minta izin kat suami kamu tu Affy ." Tiba-tiba Affy muncul . "Abang izinkan , tapi berapa lama ? " Affy mengizinkan . "Five years maybe ." Kata-kata Ira memeranjatkan Affy . "Hm okay tapi dengan syarat Ira mesti call abang setiap hari ." Affy cuba memujuk hatinya dengan berkata begitu . Kata putus telah keluar dari mulut Affy . Seminggu kemudian , Ira telah berlepas ke England . Mujur kawan-kawan baiknya berada di situ dan menetap disana .

Jom kita TENGOK gambar mereka auch !
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jeng jeng jengggggg !! Tadaaaa !!


CERPEN : LUKA DI HATI BERDARAH LAGI

LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 8

WRITER ; NIARISYA
.
.
.
"Ira aku nak kau jadi kekasih aku ? Boleh kan ?" Pagi-pagi lagi Affy sudah membuat Ira marah . 'Mentang-mentang aku dah cantik . Kau baru nak melutut depan aku eh Affy' Hati Ira sakit , selepas apa yang berlaku senang-senang sahaja mahu dia menjadi kekasih hati Affy . Tidak mungkin , dia tidak akan terima Affy . "Hahaha,apa ? 'Girlfriend' kau ? Tak mungkin . Sebab aku dah bertunang . Oh ya kau kenal Aiman yang 'handsome' tu kan ? Ya aku dah tunang dengan dia . So jangan mimpi la nak jadi pakwe aku . Tak ingin aku ." Kali ini Ira pula berlaku kejam , setidak-tidaknya dia tidak menampar muka Affy sebagaimana yang Affy lakukan dahulu . Zass ! Kali ini hati Affy pula yang terluka . Biarkan dia rasa apa yang Ira rasa . Biarkan dia rasa bagaimana sakit yang Ira rasa . Hati Affy bagaikan ditusuk-tusuk oleh belati tajam . 'Kenapa !! Kenapa dia tak terima aku ?! Argh aku tak kira dia tunang orang ke apa ke . Dia mesti jadi milik aku . Aku janji. Ira aku akan dapatkan kau.' desis hati Affy.

"Kelas kamu semua tahu kan . Hari yang dinanti bakal menjelma . Hari kamu semua  'graduated' so saya nak kamu bersedia untuk kamu harungi hari-hari yang akan datang . Okay kelas bersurai ." Kata Prof Ina itu membuat hati Ira gembira . Dia bakal bergelar doktor tidak lama lagi . Tambahan , keputusannya sangat baik . Begitu juga Affy . Setelah Affy berpisah dengan Ara . Keputusan Affy kembali seperti sediakala . Manakala , Ara tidak pernah berubah . Sentiasa dengan keputusannya yang merosot . 'Ah biarlah . Aku boleh ulang semester ni.' Ara boleh lagi bersenang lenang semasa keputusannya amat merosot . "Wei perempuan ! Kau dengar sini , hidup kau tak akan senang aku akan pastikan kau merana suatu hari nanti , dan aku akan pastikan tunang kau tu siapa ? Aiman ya ? Dia akan jadi milik aku . Haha . Okay bye ." Ara sememangnya tidak pernah berubah . Akan tetapi siapa yang tahu ? TakdirNya ? Ara mampu merubah dirinya yang tidak lagi di Jalan Yang Lurus .

"Ira , mama suruh abang ambil Ira . Jom kita balik . Tapi sebelum tu teman akan abang pergi makan ye ?" Tunangnya , Aiman yang mengambilnya selesai sesi di U . 'Oh patutlah kau tak pilih aku Ira . Kau tunggu !' Affy semakin menggila . 'Aduh kacaknya Aiman , 'lets start a game' Ira aku rampas tunang kau nanti.' Ara berkata dalam hatinya . "Sedapkan makanan dekat sini?" Tanya Aiman . "Sedap." Jawab Ira sepatah . "Abang , Ira balik dulu . Ira ada kerja nak buat . Tak apa , Ira boleh naik teksi." Baharu saja Aiman hendak bercakap Ira sudah memotong percakapannya. Ira melangkah pergi meninggalkan tunangnya . Tiba-tiba ada seorang gadis duduk didepan Aiman . "Hai , you Aiman kan ? I Qaisara . Panggil I Ara dan I tahu you ni tunang Ira kan ? " Kali ini Ara akan musnahkan hubungan Ira dan Aiman . Sungguh perempuan yang bernama Ara tidak berhati perut . 'Cantik' desis hati Aiman . Mereka berbual . Tanpa sedar jam sudah menunjukkan pukul 3.00 petang . "Okay you I balik dulu . Nanti kita jumpa lagi." Aiman sudah mula terkena umpan yang Ara bagi . Hanya dengan kecantikannya sahaja mampu menggoda hati Aiman . Walhal baharu sekali berjumpa . Sudah jatuh hatikah ? Aiman , ialah mangsa kedua Ara .

Semenjak pertemuan Ara dan Aiman tempoh hari . Aiman bagaikan tiada masa untuk bersama tunangnya . Ira pula tidak perduli apa yang berlaku di sekelilingnya . Yang dia tahu hanya melarikan diri apabila terserempak dengan Affy . Ya ! Jejaka itu . Dia sedang cuba mendapatkan hati Ira . Namun seringkali ditepis kerana hati Ira bukan untuk sesiapa . Dia sudah penat menaruh hati pada Affy . Dia manusia biasa . Punya hati dan perasaan . Dia pernah berharap pada Affy sehingga hatinya hampir separuh mati . Dia terluka . Kecewa dengan kejadian tempoh hari . Bagi Ira , itu lah pengalaman paling pahit kerana Ara dia telah ditampar oleh Affy . Sungguh dia tidak dapat melupakan .

Kini Aiman , kerap keluar . Tetapi Ira tidak tahu bersama siapa , dan dimana lelaki itu berada . Tiba-tiba telefonnya berdering . "Ha ye hello , kenapa ?" Ira bertanya pada si pemanggil di corong telefon iaitu Mimi .

JENG !

JENG!

JENG! *SUARA LATAR

ACEWAH ADA SUARA LATAR PULAK KAN ?

NAK TAHU APA ENDING CERPEN NI ?

TERUSKAN BACA YA READERS .

[LIHAT DI BAWAH]

NAK TENGOK GAMBAR HEROIN TAK ? 

FUH MESTILAH NAK ! ..

1

2

3

Cantik kan ? Ishippp !

CERPEN : LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 7

LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 7

WRITER : NIARISYA
.
.
.

"Aku balik dulu .'Bye' !" Tanpa menunggu kata putus dari Affy , dia terus berlalu dan meninggalkan insan yang bernama Affy . "Ira ! Tunggu" Teriak Affy . Malang sungguh nasib jejaka itu. Ira tidak mendengar kata-kata Affy . Kini , Ira sudah tidak mempunyai perasaan pada Affy . Selepas kejadian itu , baginya Affy sudah tidak wujud . Malah dalam kotak ingatannya juga , sudah tiada lagi seorang insan yang bernama Affy yang dahulu pernah berada dalam hati Ira . "Hello , assalamualaikum papa . Ini Ira ni , malam ni ira balik ye pa ? Ira dah lama tak luangkan masa dengan mama dengam papa." Terubat juga rasa rindunya setelah mendengar suara ayahnya di corong telefon . "Ya Allah rindunya papa kat anak papa ni , balik lah . Kami tunggu , malam ni papa suruh mama masak 'special' punya untuk Ira ." Kata Umar . "Eh papanya , meh sini saya nak bercakap dengan anak saya pulak .. Asyik awak aje , bak sini telefon awak tu ." Puan Mia Laila , ya ! Dia ibu kepada Ira . "Sayang anak mama , malam ni balik ye . Mama masakkan makanan kegemaran Ira . Tak sabar mama nak jumpa kamu Ira . Ada benda penting mama nak cakapkan ." Kata Laila sambil memandang suaminya . "Oh okay boss , malam ni Ira datang dengan kawan-kawan Ira ." Panggilan diputuskan . "Wei Mimi , Putri . Malam ni tak payah masak . Kita makan kat rumah mama aku ." Ira memberitahu kepada Mimi dan Putri yang sedang leka dengan laptop masing-masing .

"Assalamualaikum , mama , papa ..." Ira memberi salam . Pintu di buka oleh Laila,mamanya . "Ha dah sampai pon anak kita bang , eh ni Mimi dengan Putri  kan ?" Soal Laila . "Dah besar dah ye , dulu kecik aje ." Seloroh Laila . "Ha ni jemput makan , asyik nak berborak aje , bila nak makan pun papa tak tahu la ."  Umar menghentikan perbualan Laila bersama mereka . "Erkk sedapnya masakan makcik . Alhamdulillah kenyang . Hehe." Mimi ketawa kecil . "Fuh dah lama tak makan masakan makcik , makin lama makin sedap." Puji Putri . "Sedap,sedap" Ira menyambung makan nasi yang berlaukkan kari kepala ikan . "Sedap sangat la tu." Kata umar . 'Apa papa ni orang tengah syok makan dia tegur pulak . Aduhai lantak la labu , lepas ini aku nak tambah lagi . Dah lama tak rasa air tangan mama . Kari kepala ikan pulak tu' Selera Ira makin bertambah . Selesai makan mereka menuju ke ruang tamu . "Kalau macam ni la tiap hari ma , Ira boleh kenyang seminggu tau ! Hehe." Ira berseloroh . "Pandai Ira buat lawak ." Tambah Laila . "Anak sape , mesti lah anak abang . Ikut ayah dia." Umar membetulkan cermin matanya sambil tersenyum . "Ira , sebenarnya papa dengan mama nak beritahu sesuatu ." Umar berkata . Serius ! . "Apa dia ?" Soal Ira . "Sebenarnya ada orang hantar cincin tunang . Ini dia." Laila menunjukkan cincin itu kepada Ira . "Oh siapa yang bagi ni ma ?"Laila tidak sabar menunggu jawapan dari mulut ibunya ."Aiman anak maklang . Tapi kalau Ira tak terima kami pulangkan balik cincin ni . Tak elok disimpan lama-lama . "Okay Ira setuju." Mimi , Putri , Laila dan Umar terkejut dengan jawapan Ira . "Okay kalau macam tu esok maklang datang . Esok mama beri jawapan kamu tu ye ." Laila bersuara.

"Weh serius ke kau nak tunang dengan Aiman tu ? Seingat aku la dia buaya darat tau . Memang lah dia kacak tapi kau serius ke ?" Mimi dan Putri menanyakan soalan yang sama . "Ye aku serius , lagi pu  aku dah tak ada perasaan apa-apa dekat si Affy tu dan aku masih lagi tak akan maafkan dia ." Lancar Ira berkata . "Eh korang jom masuk tidur , aku dah ngantok lah . Esok ada kelas lagi . Esok nak kena hadap muka Affy tu lagi . Aku berbulu betul . Hahaha aduhai ." Seloroh Ira . Mereka bertiga masuk tidur . Lena diatas katil kesayangan mereka ditambah lagi dengan pendingin hawa yang membuatkan mereka tidur dengan nyenyak . "Korang pergila mandi . Kita dah lambat ni nak pergi kelas ." Ira mengejutkan Mimi dan Putri . 'Dia orang ni kalau tidur , tidur mati .. Geram pulak aku .' Hatinya berdesis menandakan geram . "Haa ambik kau" Ira menjirus dua insan yang sedang nyenyak tidur itu dengan gayung . "Ha bangun pun , dah sekarang pergi mandi." Tegas Ira .

CERPEN LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 6

LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 6

WRITER : NIARISYA
.
.
.

"Assalamualaikum , Mimi , Putri aku dah balik ." Ira melangkah masuk . Putri dan Mimi menyerbu ke arah Ira . "Kepala kau !" Serentak Mimi dan Putri berkata . "Ye aku tahu , ada darah kan ? Tak apa . Tak sakit pon . Hati aku ni ha yang sakit ." Ira tiba-tiba tersenyum sinis . "Apa yang Affy dengan Ara dah buat dekat kau ?" Mimi cuba meneka . Dia tahu apa yang di pendamkan oleh Ira . "Si Ara tu , dia tak puas hati dengan keputusan aku . Lepas tu dia tolak aku sampai kepala aku berdarah kena bucu meja dan dia boleh pulak buay part time berlakon ,si Ara tu buat-buat jatuh . Apa lagi marah la setan tu . Dia tampar muka aku .. Mimi , Putri .. Aku dah tak tahan lagilah . Weh hati aku ni sakit . Sakit sangat ." Airmata jernih milik Ira terus mengalir . Ira dipeluk oleh mereka berdua . Mimi dan Putri . "Lepas ni kau jangan layan dua ekor iblis setan tak guna tu . Tengok la apa si Affy tu dapat lepas ber'couple' dengan muka tepung gomak tu . Sebab haritu aku nampak dia keluar dengan kawan abang aku . Dah wei kau sabar je . Tengok la apa jadi lepas ni ." Putri tersenyum sinis . Dia tahu apa akan terjadi selepas ini . "Ya Allah aku tak sangka perempuan tu sanggup buat kau macam ni Ira . Macam-macam dah dia buat kat kau , tapi kau tak balas pun . Tabahnya hati kau Ira ." Tambah Mimi lagi . "Wei korang , aku ada plan . Plan yang akan membuatkan rambut dia jadi hijau macam 'Mak Kau Hijau' hehehe . Kau tengok eh rambut dia yang berkarat tu akan berubah warna esok ." Putri ketawa . "Kita orang nak join" kata Mimi dan Ira ."Eh boleh sangat sangat sangat sangat ." Mereka pandang sesama sendiri dan berbincang untuk mengenakan si 'Rambut Karat' tu .

Pagi yang indah dan tenang itu , Ara nikmati sepenuhnya sebelum melangkah kaki ke kelas bersama Affy . "Baby , I lapar . Jom pergi kafeteria . You belanja I ye ?" Manja suara 'Si Gedik' itu bersuara . Affy mengangguk . Tiba-tiba ada cecair yang berwarna hijau meleleh di atas kepala Ara . Ya ! Itu cat dia yakin . Baunya pun sudah mampu dikatakan itu cat . "Ahhhh, apa ni! Tak guna ! Baby tolong I . Rambut I , rambut I ." Ara menghentakkan kakinya . "Haha ups sorry sayang . Jom pergi basuh . " Hati Affy tergeletek melihat keadaan Ara seperti itu. Selepas membasuh , rambut Ara yang berwarna hijau itu . Mereka melangkah meninggalkan kafeteria . Warna cat itu melekat dirambut Ara . Ramai yang mengetawakan Ara . Mungkin kelakar agaknya melihat rambut itu seperti makhkuk asing . Ada tiga gadis yang melangkah masuk ke kelas Prof Ina . Mereka adalah Ira , Mimi , Putri . Penampilan dan gaya mereka sudah berubah . Semua mata memandang mereka . Penampilan yang dulu mereka hina telah menjadi penampilan yang selalu dipandang orang . Semalam , mereka telah membeli-belah dengan sakan . Mereka kini sudah pandai memakai 'make up' . Dulu wajah mereka bertiga pucat . Dulu wajah mereka bertiga sering menjadi mangsa cacian dari mulut-mulut yang disekeliling mereka. Sekarang, wajah mereka sudah berseri . Sekarang wajah merekalah yang sering menjadi tumpuan . Ira sangat cantik bagai bidadari dari langit . Dengan sentuhan semulajadi alat solek di muka Ira . Semua mata tidak pernah lepas memandang . Ya ! Sangat jelita sehingga ada insan yang jatuh cinta . Affy  ! Dialah jejaka yang jatuh cinta itu . Tapi sayangnya , Ira sudah tidak memiliki apa-apa perasaan pada Affy insan yang pernah menampar mukanya dahulu . Apabila dibandingkan Ira dan Ara , Ira lebih cantik dan jelita berbanding Ara kerana alat solek di muka Ira tidaklah 'setebal' alat solek yang berada di muka Ara . Ira kini menjadi gadis yang menjadi pujaan ramai jejaka , dan bukan lagi Ara .

"Em Ira , aku minta maaf .. dan aku harap kita boleh berkawan balik seperti semula . Aku yang salah , sekarang aku dah 'clash' dengan Ara . Sebab dia .. dia curang dengan aku , dia ada lelaki lain . Malah aku baru tahu dia ada 'skandal' . Ramai pulak tu . Hm ." Affy mengeluh . Ira tersenyum sinis . "Kau nak apa ni ?" Ira bersuara . "Aku .. aku kalau boleh nak kita jalinkan hubungan .. em ... em..." Affy tergagap-gagap . "Hubungan apa?" Sekali lagi Ira tersenyum sinis.

Sunday 7 August 2016

CERPEN : LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 5

LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 5

WRITER : NIARISYA
.
.
.
Hati Ira bagaikan di hiris dengan pisau . Mata persis puteri kayangan milik Ira mula mengeluarkan mutiara halus , berwarna jernih . Tanpa Ira sedar , dia menangis ! . Luka di hati Ira berdarah lagi . Dia seakan akan mayat hidup . Tidak mahu makan dan minum , namun dipaksa oleh Mimi dan Putri . Rajuk Ira belum hilang selepas kejadian kelmarin . Ira hilang kawan baiknya , dia juga hilang jejaka yang diidamkan selama ini , jejaka yang ditatang bagai minyak yang penuh . Ira bagaikan hilang separuh nyawanya kerana jejaka itu Affy . Matahari sudah mula terbit dari paksinya . Ayam sudah mula berkokok , menandakan hari sudah siang . Ira sedar dia sudah tidak diperlukan oleh Affy . Tetapi , perasaan cinta Ira yang mendalam , masih tidak lagi hilang. Dia terus meletakkan harapan pada jejaka itu . "Morning Ira , aku dah buat sarapan . Jom lah minum . Kejap lagi kita gerak pergi kelas . Tak sabar aku nak pergi kelas Prof Ina tu . Aku nak tengok pasangan gatal tu bermesra ." Mimi berkata sambil tersenyum sinis . Ira tahu Affy dan Ara sudah mula menjalinkan hubungan . Entah sampai bila hubungan mereka mampu bertahan kerana Ara mempunyai ramai 'skandal' iaitu lelaki simpanan yang Affy tidak pernah tahu . Ara dan Affy mula melangkah untuk pergi ke kelas selepas meninggalkan kereta mewah milik Affy . "Mira , semalam prof ada bagi tugasan baru tak ? " Kata Ara sambil memegang tangan sasa milik Affy . "Ada , aku dah buat dah ." Mira berkata jujur . "Oh malas aku nak buat . Semak kepala je . Lantak tua tu nak bebel apa kat aku . Dah biasa ." Ara tidak perduli perkembangan tugasan yang Prof Ina beri . Muka sahaja cantik tapi pemalas. Berhati busuk ! Sanggup Ara panggil Prof Ina 'Tua'. "Baby , jom lah masuk kelas . Kaki I dah letih diri lama-lama kat sini ." Ara merengek seperti budak kecil . "Alalala , jom sayang kita pergi ." Affy bersuara sambil mengemaskan lagi pegangan tangannya pada Ara . Dalam bahagia yang mereka cipta . Ade sepasang mata yang sedang menahan air matanya dari terus mengalir . Ira ! Bekas kawan baik Affy . 'Ah , perdulikan Ira . Kau kuat . Biarkan dia orang .' desis hati Ira . Dengan azam yang kuat . Di melangkah masuk ke kelas Prof Ina . Dia tidak menghiraukan pasangan yang sedang hangat bercinta itu . "Wah Ira , bagus la keputusan kau . Aku bangga ada kawan macam kau ." Ira dipeluk oleh dua orang kawan baiknya Mimi dan Putri . "Alah , aku bersyukur sangat . Sekurang-kurangnya aku ada masa depan yang cerah pada masa akan datang . Alhamdulillah ." Ira sangat gembira dengan keputusannya pada ujiannya . Tidak sia-sia dia memerah tenaga .

Affy dan Ara memandang ke arah Ira . Mereka sungguh tidak puas hati dengan Ira kerana keputusan mereka tidak sebagus Ira . Mereka cemburu . Dahulu , Affy seorang pelajar yang pintar , namun sejak menjalinkan hubungan dengan Ara . Dia juga sudah mula terjebak sama . Keputusannya kali ini , sama seperti Ara . Merosot ! . "Puas hati kau dapat pujian dari prof ? Puas ke betina ?" Ara menolak Ira sehingga terjatuh . Kepala Ira terkena bucu meja . Berdarah . "Kau nak apa lagi ni Ara ? Kau yang tak usaha bersungguh-sungguh . Jadi 'result' kau sama macam usaha kau . Kan sepadan tu ." Kali ini Ira membalas dengan kata-kata yang menyakitkan hati Ara . Ara sengaja menjatuhkan dirinya agar Affy memarahi Ira . "Baby , you tengok perempuan ni . Dia tolak I sampai jatuh ." Lakonan Ara menjadi . Tanpa soal selidik . Selayang tamparan milik Affy , terus hinggap ke pipi gebu Ira . Hati Ira terluka . Dia tidak pernah menyangka yang Affy akan menampar dirinya . "Kau pahal ? Aku tak buat apa apa pun dekat makwe kau ni ! Makwe kau ni kan . Pandai berlakon kan ? Pandai kau ajar dia setan ! Lepas ni jangan berani tunjuk muka kau orang berdua kat aku ! . Oh ya ini , hadiah yang kau beri pada aku ." Ira tidak mahu mengalah seakan-akan orang bodoh . Dia mencampak kan hadiah itu yang kebetulan berada di dalam beg tangannya . Bup ! Hadiah itu berada di kaki Affy . "Hadiah ni kau boleh buang." Affy tersenyum sinis . Ira tidak memperdulikan dua insan di depan matanya . Ira terus melangkah pergi dari situ .

.
.
Bawah ni gambar Affy Al Rayyan .
Ish mesti rasa nak lempang kan ? Eh jangan lempang hero tu ..
Next ! Kita tengok apa jadi
.
.
.

CERPEN : LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 4

LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 4

WRITER : NIARISYA
.
.
.

Affy menghadiahkan senyuman manis pada Ira . Ira membalas senyuman . "Hehe ini untuk aku ? Series ke ? Macam tak percaya je kawan aku ni bagi hadiah , sebelum ni tak pernah pun kau bagi hadiah kat aku." Ira  bertanya , dengan tanda soal di kepalanya."Aku bagi hadiah ni sebab kau dah banyak bantu aku , dalam tugasan yang Prof Ina beri dan ini sebagai tanda terima kasih aku kat kau sebab selalu teman aku masa takde orang nak kawan dengan aku." Kata-kata Affy bagaikan memberi harapan pada Ira untuk dia meluahkan perasaannya yang terpendam . Bagi Ira , Affy juga menyimpan perasaan yang sama . Namun, sangkaan Ira salah . Affy hanya menganggap Ira sebagai kawan baik sahaja . Cinta Ira bertepuk sebelah tangan . Malang sungguh nasib gadis itu. "Oh macam tu , okay .. apa sahaja untuk kau Affy . Kalau kau ada masalah dalam subjek Prof Ina , kau boleh minta aku tolong . 'Anytime , anywhere' boleh je ." Hati Ira bagaikan berada di taman bunga , setelah mendengar kata-kata Affy tadi . "Wei , kau ni Affy keluar la cepat . Dalam rumah ni lelaki tidak dibenarkan masuk tahu ? So nanti-nanti lah ye nak borak dengan Ira . Tak menyempat-nyempat pulak kau eh ? Haha ." Seloroh Syamimi . Perlakuan Syamimi memang begitu . Sama sahaja seperti Putri . Masing-masing suka berkelakuan bersahaja biar orang di sekeliling mereka nampak yang , perangai mereka tidak di 'buat-buat' seperti Ara dan Mira ."Okaylah Ira . Aku balik dulu , esok kita pergi kelas Prof Ina sama-sama." Affy mengenyitkan mata pada Ira . Ya , manakan tidak hati Ira tidak berbunga-bunga ? Affy seorang jejaka yang kacak dan mempunyai rupa .

"Wei bangun,dah pagi ni kau tak pergi kelas ke ?" Putri mengejutkan Ira . Jam sudah menunjukkan pukul 8.00 pagi , tetapi Ira masih belum bangun . Ira masih belum bangun dari tidur nyenyaknya ."Eh,panasnya dahi kau Ira .. Wei Mimi , cuba rasa dahi Ira ni . Ira demam ni ." Putri menyentuh lagi dahi Ira . Ira demam . "Ha'ah panas badan Ira ni , tak ape lah Put , nanti kita bagitahu Prof Ina . Ira tak payah datang kelas pagi ini , karang tak pasal-pasal pengsan anak orang ni ." Jelas Mimi . "Ira , aku dengan Mimi pergi kelas dulu ye ? Jaga diri . Makan minum kau aku dah sediakan ." Putri sangat menyanyangi Ira seperti adiknya sendiri . "Put , Mimi . Mana Ira aku tak nampak pun ?" Affy pelik , selalunya Ira pasti ada bersama dengan dia setiap pagi . "Ira tak datang , dia ada di rumah . Dia demam panas !" Kata mimi sambil membetulkan tudungnya . "Oh alah , tak seronok la dia tak ada ." Affy seperti orang hilang anak . "Okay kelas , saya harap kamu semua dapat berikan yang terbaik semasa ujian akan datang ." Lancar Prof Ina berkata. Dalam diam ada sepasang mata sedang memerhati Affy , ya dia , Qaisara anak Dato'Hamza ."Hai Affy , mana kesayangan you tu ? Alah takkan tak tahu , your girlfriend Ira ." Nada suara Ara mengalahkan kucing parsi . Gedik! . Affy terpegun melihat paras rupa Ara . "Eh mana ada , dia kawan je lah Ara. Tak boleh lebih dari itu . Sebab hati I dah ade orang pegang . Its you Ara . Hehe." Affy sudah mula memakai kuasa veto miliknya . Ayat-ayat manis yang keluar dari mulut Affy sangat meyakinkan Ara untuk memiliki hati Affy . Dia cantik . Sudah tentu Affy menyukainya . Dia pasti hati jejaka itu , akan dia raih dengan penuh kebanggaan sebentar lagi . 'Haha , Ira .. Ira .. Kesian dekat kau betina ! Affy pilih aku bukan kau.' Hati jahat Ara mula berkata-kata . Ara mengambil kesempatan pada Affy untuk lebih dekat dengan jejaka itu . Tanpa sedar , lama kelamaan , talian persahabatan Ira dan Affy mula renggang . Seolah-olah ada jurang yang memisahkan mereka . Jurang yang dibuat oleh Ara . Gadis cantik bertumit tinggi itu .

"Hello , assalamualaikum .. Affy jom keluar makan . Kali ni aku pulak yang belanja kau ." Ira bersuara di corong telefon . "Kau ni Ira , dah dah la tu call aku , aku busy la . Nak buat tugasan yang prof bagi . Nanti-nati la ! . Okay bye ." Nada suara Affy seperti orang yang marah . Sudah tentu dia sedang melayan Ara . Gadis cantik yang di puja ramai jejaka . Dia sudah mula tidak mahu berhubung dengan Ira lagi .

CERPEN : LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 3

LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 3

WRITER : NIARISYA
.
.
.

  Ara mabuk , dan bau air kencing syaitan yang diteguknya tadi amat berbau . Sudah berapa kali ayahnya pesan , jangan minum 'air' itu lagi namun , tidak diendahkan oleh Ara . Ara sudah bergaul bebas , tidak kira lelaki atau perempuan . Tiada bezanya bagi Ara . Bagi Ara suatu hari nanti pasti dia akan bertaubat . Namun , hingga sekarang tidak pernah terdetik di hati untuk bertaubat. "Bik, tolong bawa Ara ni pergi ke biliknya ." Dato' Hamza memanggil pembantu rumahnya . "Uwerk!" Ara muntah . Ya ! muntahnya berbau busuk sehingga mengalahkan bau bangkai haiwan . "Waduh , non . Gi mana sih . Udah berapa kali saya bilang . Jangan minum lagi ." Pesan bibik Surya . "Eh tua , suka hati aku la nak minum ke , mabuk ke . Kau ape kesah ? Tutup mulut kau tu sebelum aku tampar kau sial ! Hahahahahha." Ara sudah benar-benar mabuk . Mabuk gara-gara air kencing syaitan itu . Orang barat minum , dia juga mahu mengikut sama. ' Waduh non ' bibik mengeluh . Ara terus terlena di atas katil empuknya, dan terus dibuai mimpi yang tidak akan menjadi kenyataan.

Pagi itu , hari Ahad jadi Ira dan kawan-kawannya membuat tugasan bersama-sama kerana hari yang dinanti bakal menjelma . Debaran semakin terasa . Saat mereka sedang tekun membuat tugasan . Tiba-tiba datang seorang tetamu yang tidak diundang . 'Qaisara' desis hatinya lagi . 'Ee dia nak apa ni?' bicara hati Ira . "Woi betina , aku tak suka kau rapat-rapat dengan Affy tu . Kalau kau nak tahu dia tu aku punya . Oh ya aku nak kau ingat . Kalau bukan aku sekali pon jodoh Affy , kau jangan mimpi la nak jadi ratu atau permaisuri dalam hidup Affy . Dia nak perempuan cantik macam aku je . Macam kau ni apa ada ? Sengal punya orang . Perasan lebih . Eh dah la Mira . Aku duduk lama-lama kat sini panas macam kat neraka ! Jom blah." Zass, hati Ira kini pedih .. Seakan-akan berdarah mendengar kata-kata Ara sebentar tadi ."Oh ya lagi satu ." 'Blah la perempuan kehadiran kau sangatlah tidak diundang' hati Ira berkata-kata ."Ini untuk kau!! Hahahaha" Ara ketawa puas selepas menyiram kepala Ira dengan air longkang . "Eh kau pahal nak cari gaduh ke ? Dasar perempuan bedak cap Gajah . Tak guna kau . Patutnya kau yang kena semua ni." Syamimi kawan baik kepada Ira mula bengis apabila tindakan Ara melebihi tahap kesabarannya .

"Kau ni dah salah orang nak cari gaduh ! Berani kau cari gaduh dengan kawan aku ! Kau ingat Affy nak sangat ke kat kau ha Ara !? Pakaian pon belah sana belah sini , kau ingat Affy suka ? Dah la muka macam tepung gomak . Ade hati nak kat Affy . Eh Ira lagi layaklah . Sejuta kali ganda lebih layak dari kau . " Kali ini kawannya yang lagi seorang membela nasib Ira yang sudah disiram dengan air longkang . Ya ! Kawan baiknya selain Syamimi adalah Putri . Mereka berkawan baik sejak sekola menengah . "Ira jom berambos , sebelom perempuan tak tahu malu ni aku tampar muka dia . Jerebu satu Malaysia ! " Syamimi bersuara . Aimira hanya menjeling mereka bertiga yang baru sahaja beredar dari situ .

"Ya Allah ! Kesian kau Ira . Ara tu memang muka tak tahu malu . Affy kenal dia pun tidak . Nak jadi milik dia konon." Bengang Putri dengan sikap Ara . Kali ini dia sudah melampau . "Alah takpe la weh , dah nasib aku . Nak buat macam mana . " Kata Ira . "Eh bunyi loceng , siapa tu ? Put , bukak sekejap ." Arah Ira . "Hai put , aku nak jumpa Ira jap .. aku nak bagi dia hadiah sebab haritu aku lupa nak bagi , boleh kan ." Pinta Affy . "Ha boleh tapi jangan lama-lama karang ada yang muntah . " Putri baru teringat akan gadis itu masih berbau air longkang dan masih melekat baunya . "Uish bau ape ni?" Tanya Affy . "Kau senyap la ." Rajuk Ira . "Alah asal ni ? " Affy tertanya tanya . Mengapa boleh jadi begini . "Tadi aku kena simbah dengan air longkang . Nak tahu siapa yang simbah ? Ha tu gadis idaman kau tu Ara ." Jelas Ira . "Erm sape Ara ?" Jujur Affy berkata . "Dia tu budak 'hot' dekat U ni . Orang panggil dia Qai , dia cantik . Tak macam aku . Hm ." Tiba-tiba dia rasa dirinya dipinggirkan . "Alololo , jangan merajuk . Aku ada untuk kau la . And ni hadiah .. just for you my girl."

BERSAMBUNG ... LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 4 !! COMING SOON .

CERPEN : LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 2

LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 2

WRITER : NIARISYA
.
.
.
Affy mengugut . "Sehari kau tak ugut aku tak boleh ke ? Aduhai." Kali ini Ira sudah mula mengalah . "Okay sekarang aku nak kau makan . Sedap ni ." Affy memegang sepinggan mi goreng yang masih lagi panas dan berwap dan di letakkan di depan Ira . Bau mi goreng yang masih lagi berada di depannya mencucuk hidung , kerana rasa lapar , Ira menyuap sesudu mi goreng tadi . "Erkkk , Alhamdulillah.. ops sorry affy aku tak sengaja kenyang sangat.. By the way thanks sebab belanja aku makan." Ira tersenyum senang . "Alah , 'no prob' la , kau kan kawan aku..Aku tak nak kawan aku ni kejap lagi takde tenaga masa belajar lagi-lagi kelas Prof Ina tu ha." Lalu Affy dan Ira melangkah pergi meninggalkan kafeteria. "Em , Ara tu bukan Affy ke ? Eh dia dengan siapa tu ?" Aimira sengaja mahu membuatkan api amarah Qaisara lebih membara, walhal dia tahu siapa yang sedang berjalan di sisi Affy . Nia Hadira , dia pasti itu orangnya . "Mana ?" Lantas Ara memandang sekilas kepada orang yang berada di sebelah Affy . 'Ish , tak boleh jadi ni . Affy tu aku punya . Setakat orang macam kau Ira , kau tak layak jadi permaisuri dalam hati dia !' semakin hari rasa benci kepada Ira makin bertambah . Sedangkan, Ira tidak pernah menyakiti hati Ara . Ini Ara lah, siapa tidak kenal dia . Anak dato' yang dengki dan bongkak .

   "Okay kelas , siapkan tugasan yang saya beri tu ye . Kalau kamu tak siap . Markah kamu akan dipotong . Jadi saya harap membuat tugasan secara individu ni . Dapat mengajar kamu erti berdikari ." Prof Ina memandang gadis yang sedang leka meletakkan bedak di atas kulit mukanya yang gebu itu . "Yang sedang tacap muka dengan bedak cap gajah tu , dengar tak apa yang saya cakapkan tadi ?" Tegur Prof Ina dengan nada suara memerli . Selalunya , dialah orang yang selalu ditegur setiap kali ada kelas bersama Prof Ina . Qaisara . Ya dia tidak pernah, peduli apa yang dicakapkan oleh Prof Ina . Tidak mengapa dia anak dato' , kalau gagal ujian akan datang . 'Petik jari sahaja' ayahnya akan memberi peluang untuk dia mengulang semula semester . 'Apa Prof ni , malukan aku. Bodoh punya orang tua .' katanya dalam hati dengan riak muka yang tidak bersalah . "Oh ya lagi satu Ara saya nak jumpa dengan awak selepas ini." Kata Prof Ina lagi . "Ara awak tahu kan apa sebab saya nak jumpa awak ? " Prof Ina memandang gadis yang berada di hadapannya itu . "Em mana lah saya tahu prof , saya bukannya bomoh nak meramal ni." Ara membuat mukanya iaitu muka tidak tahu apa-apa. "Ara kalau awak nak tahu , awaklah orang yang paling teruk dan merosot di dalam subjek yang saya mengajar, so I want to you change your attitude . Your attitude is so bad . Awak tak malu ke ? Semasa saya sedang mengajar , semasa semua orang menumpukan perhatian untuk belajar bersama saya . Awak boleh lagi  pakai 'makeup'. Sedangkan yang lain berlumba-lumba untuk menuntut ilmu . Ubah perangai awak la Ara . Sekali lagi saya pesan ilmu tu penting . Tak guna dah cakap dengan orang macam awak ni . Kalau awak rasa awak nak berubah , saya akan sokong awak .. Tapi jika awak masih berdegil , up to you . I don't care anymore about your lesson and terserah ." Kali ini Prof Ina sangat geram akan perangai Ara yang menjengkelkan . Disebabkan itu lah Ara terpaksa berdiri sepanjang 'ceramah' percuma dari Prof Ina .
 
  "Eee , Prof tu membebel aje kerja , macam takde benda lain nak buat dah." Mira terpaksa mendengar keluhan dari mulu Ara . "Alah , rilek la dia tu memang macam tu . Tua nak mampos . Kerja nak membebel je . Mesti berasap telinga kau kan Ara ?" Mira sentiasa menyokong Ara walaupun dari segi negatif . "Benci pulak aku , eh dah la .. jom kita balik .. then kita shopping .. malam ni aku nak pergi party anak tan sri yang 'handsome' tu." Ara memang tak pernah berdikari , Ara tidak pernah berdiri di atas kaki sendiri . Gadis itu sentiasa mengharapkan pertolongan ayahnya. "Hai daddy , boleh tak Ara dengan Mira nak pinjam kad kredit daddy ? Sebab kita orang nak shopping la daddy baju semua dah habis ." Pujuk Ara . Habis ? Baju Ara sudah dua almari , itu pun masih tidak cukup lagi bagi Ara . Tidak bersyukur .

BERSAMBUNG ... LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 3 !

CERPEN : LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 1

LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 1

WRITER:NIARISYA

'Ya Allah kacaknya dia ! Ah aku sudah jatuh cinta' desis hati Nia Hadira binti Umar Hilman dia gadis yang menyambung pelajaran pada tahun ketiga dalam bidang perubatan dan gadis itu sangat bijak . Sehingga orang yang berada disekeliling Ira memanggilnya , 'Si Otak Cair'. Memang Ira tidak mempunyai paras rupa yang cantik seperti Qaisara namun , semua orang memuji akan kepandaian yang Ira miliki . Affy Al-Rayyan , dia seorang mahasiswa yang baharu berpindah di UITM , SHAH ALAM . Ya ! Memang Ira akui yang dia sudah jatuh cinta pada Affy namun cintanya pasti ditolak hidup-hidup jika meluahkan rasanya pada Affy kerana dia sedar yang dia tidak memiliki paras rupa yang jelita berbanding Qaisara . Qaisara , gadis itu  sering menjadi tumpuan ramai jejaka di universiti itu. Qaisara juga seorang yang mempunyai hati yang busuk dan bersifat dengki .

"Hai awak , nama saya Affy Al-Rayyan , boleh kita jadi kawan ? Maaf awak saya sekadar nak berkawan je dengan awak takde niat nak mengganggu awak." Sapa Affy . "Eh haha boleh apa salahnya boleh je awak, nanti kalau awak tak paham or tak tahu dalam pape subjek , saya ajar awak okay..so saya nak kena panggil awak ape ni?" Tanya Ira . "Oh ya , saya lupa nak bagitahu nama saya ...Affy Al-Rayyan,awak boleh panggil saya Affy." Kata Affy sambil tersenyum. "Sedap nama awak , em Affy.. nama saya Nia Hadira awak boleh panggil saya Ira .." balas Ira . "Wow interesting, nama macam artis .. hehe" Affy tersengih . Semenjak itu , Affy dan Ira menjadi kawan baik kerana mereka selalu keluar bersama untuk mengulangkaji pelajaran untuk membuat tugasan yang Prof Ina berikan. "Weh Ira jom teman aku gi cafe jap aku lupa nak makan pagi tadi hehehe." Affy tersengih macam kerang busuk , 'takkan la makan pon kau boleh lupa Affy oi !' Desis hati Ira. Beberapa hari lepas panggilan 'awak saya' telah bertukar menjadi 'kau aku' , kerana semenjak menjadi kawan baik .. mereka tidak selesa ber'awak saya'. Mereka berjalan sampai menuju ke cafe universiti , tanpa mereka sedari ada dua pasang mata yang benci dan dengki melihat mereka berdua berkawan baik malah semakin hari semakin rapat, ianya ialah Qaisara dan Aimira .Ya ! Dari dahulu lagi . Mereka sememangnya tidak suka orang ada 'lebih' dari yang mereka ada . Mungkin mereka fikir mereka anak dato' dan pensyarah di situ , mereka mampu merendah kan orang-orang yang ada di sekeliling mereka . Sudah menjadi adat mereka dari dahulu lagi. Benci , dengki , dendam kesumat yang membara dalam hati Qaisara dan Aimira . Mereka memang ada rupa . Mereka memang ada harta . Namun mereka tidak mampu mengatasi kebijaksanaan yang Ira miliki. Ira adalah musuh kepada Qaisara dan Aimira .

"Awak makan lah saya belanja, makan ye ? Awak jangan risau saya yang bayar bukan awak." Kata Affy dengan nada risau . "Awak ni , tak payah saya tak nak menyusah kan awak..Lagipun saya masih mampu nak beli makanan kat cafe ni" tambah Ira lagi . "Ish saya tak kira , biar saya yang belikan makanan untuk awak .. Awak kena makan nanti takde tenaga dalam kelas Prof Ina nanti ." Bicara Affy . 'Eee mamat ni pepagi buta dah membebel , japgi bebel tak boleh? dah la aku sakit  perut ni .' Bentak Ira geram akan perangai Affy . "Aku dah beli ni makan la sikit Ira ." Kali ni giliran affy pula bersuara . "Taknak la , aku taknak sape suruh kau belanja aku hahahahhaahah." Ira ketawa tanpa memperdulikan orang disekeliling dengan perangai lurus bendul Affy kawan baiknya itu. "Kau ni dah lama hidup ke? Aku kata makan , makan la . Kalau tak aku tanak kawan dengan kau lagi dah."

.
.
.

ATTENTION ! DI BAWAH GAMBA HEROIN DAN HERO . SORRY LA MASA NI HEROIN PAKAI BAJU SEKOLAH ! HEHEHE .