Friday 9 December 2016

Luka Dihati Berdarah Lagi 13

LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 13

AUTHOR : AIN BATRISYIA AZHAR

.
.
.

        Malam itu , Ira mengidam untuk makan laksa . Ira mengejutkan Affy untuk bangun dan belikan laksa untuk dia . "Abang .. bangun la .. Ira lapar la . Baby dalam perut ni lapar . Anak abang nak makan laksa ni." Ira membuat suara manja . "Erm esok la sayang ." Affy tidak mengendahkan panggilan Ira kerana masih mengantuk . Ira sudah mengejutkan Affy beberapa kali sampai Ira sudah muak dan bertindak untuk keluar rumah pada waktu malam seorang diri dengan membawa kereta semata-mata untuk membeli laksa . "Ish kenapa la aku tak pujuk Affy tadi , ni nak beli laksa kat mana malam-malam buta ni . " Ira menghentak stereng kereta . Ira memandu tanpa hala tuju , akhir sekali dia membuat keputusan untuk balik ke rumah ibunya . Dalam perjalanan Ira berasa sangat mengantuk . Ira tidak perasan bahawa di hadapannya ada sebuah lori . Dalam keadaan separuh sedar , dia ingin mengelak dari berlanggar dengan lori tersebut namun nasib tidak menyebelahinya . Lori tersebut tiba-tiba melanggar kereta Ira dan kereta Ira jatuh ke dalam gaung .

          "Ira !!!! " . Jerit Affy . Affy bangun dari mimpi ngeri dan melihat di sebelahnya .

Monday 8 August 2016

CERPEN ; LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 11

LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 11

WRITER ; NIARISYA

.
.
.
GUYS LEPAS NI KORANG KENA TUNGGU ISYA PUBLISH AND UP TO DATE SIRI YANG KE 12 OKAY READERS2 YANG DISAYANGI SEKALIAN ..

"Abang , cepat lah . Ira dah lambat ni ." Laung Ira dari tingkat bawah . Ira dan Affy sudah berpindah ke rumah sendiri , untuk berdikari sebagai suami isteri yang sah . Dr.Nia Hadira , ya ! Selepas Ira pulang ke Malaysia , beberapa minggu kemudian Ira mendapat tawaran dari sebuah Hospital kerajaan di Kuala Lumpur . Affy juga seorang doktor , tetapi dia pula mendapat tawaran dari Hospital swasta yang juga terletak di Kuala Lumpur . Affy sudah menyandang gelaran Dr. Affy Al-Rayyan , sebulan sebelum Ira pulang ke Malaysia . Jadi , lelaki itu sudah terbiasa dengan kerjanya sebagai doktor . "Okay-okay abang datang ! Kejap ! Mana Ira letak tali leher abang?" Affy pula yang geram dengan Ira .'dah tahu lambat tolong carikan tali leher abang .. Lagipun abang yang drive , bukan Ira .' Desisnya . "Dekat dalam almari la bang . Ha cepat sikit tau . Lambat dah ni ." Laung Ira dari tingkat bawah . "Ha okay dah jumpa . Lain kali cakap la awal-awal ." Affy sedang mengikat tali lehernya . 'Huh kesian pulak laki aku ni' Ira berasa kasihan terhadap suaminya yang sedang mengikat tali leher , yang sepatutnya menjadi tugas isteri . "Ish sini la Ira tolong . Kesian abang ." Ira mempamirkan senyuman manisnya . 'Eh Ira ni menggoda je karang tak jadi pergi kerja kang' Affy tersenyum nakal . "Okay dah siap boss" Ira membetulkan tali leher Affy supaya kelihatan kemas . Dalam perjalanan sempat mereka singgah membeli nasi lemak kukus berlauk di gerai Mak Teh . "Abang kejap lagi jemput Ira tau . Macam biasa pukul 6 okay ? Bye abang ." Ira menghempaskan pintu kereta . "Okay sayang ." Affy tersengih . ' Ish bini aku ni kasar jugak kan , nasib baik mercedes aku ni kebal . Kalau tak dah lama cabut dah .' Sempat lagi Affy merenung Ira dari jauh . Pacuan empat roda itu terus memecut meninggalkan hospital itu . "Alhamdulillah sampai pon " . Affy sudah sampai ke hospital itu , yang sudah menjadi tempatnya berkerja . Affy melangkah masuk ke hospital ramai peminat Affy di Hospital termasuk doktor-doktor dan jururawat di situ meminati Dr. Al-Rayyan . Mata Affy memandang ubat yang berada di tangannya itu . "Nurse saya nak nurse beri ni pada pesakit saya ". Affy mengarahkan jururawat itu supaya menjalankan kerjanya . Jururawat itu memandang Affy dengan polos . "Baik doktor Affy , I beri pada pesakit you ni ya doktor" . Jururawat yang bernama Linda itu mengenyitkan matanya pada Affy . Sayangnya Affy tidak pandang wanita itu . Padan muka Linda ! Affy sudah masak perangainya itu . Tergedik gedik sudah serupa sotong . Menggeletis sahaja !

   "Sayang abang dah balik". Affy menanggalkan kasutnya perlahan lahan . "Uwerkkk" Kedengaran Ira muntah di bilik air tingkat atas . Lantas Affy melangkah ke tingkat atas . "Ira okay tak ni ? Macam tak okay je ? ."  Tanya Affy . "Entahlah Ira rasa loya la . Takpela bang Ira nak tidur dulu " Ira berkerut menahan loya . "Uwerkkk" Affy memapah Ira ke atas katil . "Ish sayang jom pergi klinik nak ? Kita check up . Risaulah abang ." Ira menggelengkan kepalanya . "Ira nak tidur je la, by the way makanan dah ada kat bawah tudung saji . Abang makan la ye . Ira tak larat nak turun bawah . Rasa nak tidur je ni ". Affy mengusap kepala isterinya itu . "Iye sayang takpe . Affy makan sekejap ye . Karang Affy naik balik atas ". Affy melangkah keluar dari biliknya .
'Ting tong' Affy meluru ke pintu rumahnya dan apabila pintu itu dibuka . Wajah yang dibenci Affy itu terus memeluk Affy . "Kau nak ape ni Linda . Kau ingat sikit aku ni suami orang . Please berhenti kejar aku . Kau tak malu ke ha . Banyak laki lain kat luar sana . Dengar sini eh aku tak suka tengok muka kau benci tahu . Benci ". Affy terus menghempas pintu rumahnya . "Betina ni murah betul maruah kau !" Affy mendengus kasar .

(HAAAA YG KE 11 NI MOHON JANGAN MUNTAH . TAPI SWEET KAN ? AUCH . SI AFFY TU CARE . TUNGGU YANG KE 12 . TENGOKLAH PERANGAI IRA MASA MENGANDUNG ! MESTI KORANG GELAK AND RASA GERAM .. TELUR DINASOUR LA IKAN YU LAH . MACAM MACAM MENGIDAM )

HAAA SABAQ NAAAAA !!!!!!

[LIHAT DI BAWAH 😍😍😍😍]











































.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

CERPEN ; LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 10

LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 10

WRITER ; NIARISYA

YALL TAK SANGKA DAH SIRI YANG KE 10 ..

SO MY READERS2 .. HOPE KORANG HAPPY K

Akhirnya , Ira terlepas dari belenggu di Kuala Lumpur , dan kenangan yang berada disana . Kini Ira telah pun memijakkan kakinya diatas bumi England . Tujuannya ke England sebenarnya hanya untuk merawat hatinya yang luka dan untuk melupakan kesengsaraan yang pernah dia alami . Telefon Ira berdering . "Hello Ira speaking .." Ira cuba menyuaikan dirinya di bumi asing itu . "Ira , please tak payah nak speaking sangat .. ni aku Mimi . Putri pun ade ha. So kau kat mana ? Aku tunggu dekat balai ketibaan ni . Tak sabar nak jumpa kau . Hehe ." petah Mimi berkata . Ira menarik beg rodanya yang sarat dengan barang-barang miliknya . "Wah Ira , so how ? Macam mana kau dengan Affy ? Best tak ?" Pertanyaan Putri membuat hati Ira tiba-tiba tersentak . "Oh aku dengan dia okay , biasa-biasa aje. Yang kau ni kenapa tanya ? Eh dah la .. korang tolong la aku angkat beg ni berat la.." keluh Ira . "Okay princess." Mimi tersenyum . Sampai dirumah sewa Mimi dan Putri . Ira terus masuk ke bilik tamu yang akan menjadi biliknya semasa dia berada di England . Ira melelapkan matanya buat pertama kali pertama di bumi asing itu .

Semasa berada di Universiti , Ira bertemu semula bersama kawan-kawan baiknya di sekolah menengah . Mereka adalah , Eizwan Arry , Alif Farhan , Zikri Zareef  dan Daniel Airil . Ira hanya selesa berkawan dengan budak lelaki sahaja semasa di sekolah menengah namun , sekarang Ira sudah punya dua kawan baik perempuan mereka Mimi dan Putri . Wan , Aan , Ziza dan Niel adalah kawan Ira sejak tingkatan satu .Di antara empat jejaka itu . Hanya seorang yang berkelakuan pelik . Dia ialah Ziza . Ziza berpewatakan lembut . Namun dia bukan lah seorang lelaki yang dalam bahasa kasarnya 'pondan' . Kini Ira sudah punya ramai kawan . Terutama kawan baharunya , Irfan Zikry yang juga menyambung pelajaran ke bumi England itu . Walaupun Ira , mempunyai ramai kawan-kawan lelaki , namun Ira tidak melupakan suaminya yang berada di beribu batu jauhnya dari sisi Ira . Malah Ira rindu dengan Affy . Dia rindu menatap wajah jejaka itu . Entah apalah khabarnya . Termasuk tahun ini sudah menjangkau lima tahun , Ira di England diatas sebab menyambung pelajaran. Lagi tiga bulan , Ira akan balik ke Malaysia , tanah airnya bersama kawan-kawannya Mimi , Putri , Wan , Aan , Zikri dan Niel . Merekalah insan yang tidak pernah jemu menemani Ira sepanjang tempoh lima tahun . Ya ! Lama sungguh Ira berada di bumi England itu . Sepanjang tempoh lima tahun itu , Ira tidak pernah pulang ke Malaysia .. Kerana hatinya itu benar-benar terluka . Namun sekarang , dia sudah bisa melupakan kejadian lima tahun lepas . Tiga bulan kemudian , Ira dan kawan-kawannya pulang ke Malaysia . Semasa Ira melangkahkan kaki bersama kawan-kawannya , pada masa itulah mata Ira terpandang seseorang . 'Ya Allah makin kacak suami aku' desis hati Ira . "Hai sayang , welcome back . Lepas ni abang dah tak payah peluk bantal peluk lagi , abang boleh peluk Ira ." Hati Ira jadi sebak tiba-tiba . Affy memeluk Ira dalam dakapannya . "Abang , Ira minta maaf selama ni .. Ira tak pernah pulang ke Malaysia jenguk abang . Jenguk mama and papa . Ira minta maaf Affy ." Airmata Ira mula merembes keluar dari kelopak mata milik Ira . "Tak ape Ira , Affy faham" Kawan-kawan Ira , hanya memandang mereka . Mereka faham , Ira rindu pada suaminya , Biarlah Ira melepaskan rindunya pada Affy sepuas-puasnya .

WUUUU ~~

.
.
.
.

CERPEN ; LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 9


LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 9

WRITER ; NIARISYA

HAI GUYS ! JOM KITA BACA SAMBUNGAN YG KE 9 !
.
.
.

"Beb aku rasa lebih baik kau jumpa aku sekarang , kat depan kedai Jakel . Sekarang . Now ." Ira bergegas ke sana . "Assalamualaikum Mi , kenapa ? " Tanya Ira . "Jangan banyak cakap . Ikut aku sekarang . Aku nak kau tahu kebenarannya ." Tegas Mimi . Ira pelik mengapa Mimi mengajaknya ke hotel pula ? . "Ya Allah apa abang buat dengan Ara ni ? Apa semua ni ? " Ira terkejut melihat dua tubuh manusia diatas katil itu . "Err abang ... abang .. minta maaf ... abang tak sengaja ...." Aiman cuba menafikannya . "Ara apa semua ni ? Kau tahu kan Aiman ni tunang aku . Affy kau rampas , Aiman pon kau nak rampas cukuplah Ara ." Saat itu api amarah tidak dapat ditahan lagi . "Hahaha abang Aiman sayang aku , tu pasal dia tidur dengan aku , hahahah." Tawa Ara . "Ara kau hati busuk Ara , muka cantik tapi kau bodoh . Kau tengok Ira ni . Pandang muka dia kau tak kesian ke ? Lepas Affy , Aiman pulak ye kau rampas . Malah kau tidur dengan dia ." Giliran Mimi pula bersuara . Lantas Ira layangkan satu tamparan yang bisa membuatkan Ara jatuh terduduk . "Aiman tengok betina ni , dia tampar I . Sakit ." Baru sahaja Aiman hendak menampar pipi Ira. Ada tangan yang menghalang gadis itu dari ditampar . Affy , dialah yang menjadi penghalang . Mujur ada Affy . Kalau tidak Ira sudah ditampar buat kali kedua . "Kau buat apa ni ha Aiman ? Kau sedar tak ? Ira ni tunang kau . Bakal isteri kau . Tapi kau tak hargai dia . Kau tak sayang dia ! . Perempuan sundal ni juga yang kau pilih . Kalau kau nak tahu Ara ni pernah jadi kekasih aku tapi apabila aku dapat tahu yang dia ada orang lain , hati aku remuk tau . Ira perempuan yang baik ni kau tolak , perempuan celaka ni jugak kau pilih . Nasib kau malang .  Ira tak layak ada tunang macam kau , apatah lagi nak jadi suami dia . " Selepas Affy membela nasib Ira yang hampir ditampar tadi , Ara cuba melarikan diri . Tetapi dihalang oleh Ira . "Sebelum kau larikan diri aku nak kau rasa ni Ara . Aku nak kau rasa apa yang aku rasa."
Pang ! Satu tamparan yang sangat hebat dilayangkan di pipi Ara . Ara melarikan diri sehingga dia telah dilanggar oleh lori . Ara telah digilis oleh lori . Ara meninggal dunia di tempat kejadian . Semenjak peristiwa itu , Aiman telah putuskan hubungan dengan Ira .
  "Ira , kau okay tak? Makan la sikit." Ira trauma kerana kejadian tempoh hari . "Aku tak nak , aku cakap aku tak nak , aku tak nak la . Affy get out please . Aku benci tengok muka kau ." Nada suara Ira makin meninggi . "Okay fine aku tahu tapi aku ni dah jadi suami kau . So kau kena dengar cakap aku . Makan ni . Aku nak keluar kejap beli barang ." Tegas Affy . Affy menjadi suami kepada Ira kerana atas pilihan keluarga . Dalam diam rupa-rupanya , tanpa Ira tahu . Keluarga Affy adalah kawan rapat kepada Umar Hilman , ayahnya . Jadi , kedua-dua pihak itu bersetuju untuk menjodohkan mereka berdua . "Mama Ira nak fly pergi England . Ira nak sambung belajar . Ira nak cari ketenangan kat sana ma ." Serius Ira bersuara . "Mama tak kisah tapi , Ira kena minta izin kat suami kamu tu Affy ." Tiba-tiba Affy muncul . "Abang izinkan , tapi berapa lama ? " Affy mengizinkan . "Five years maybe ." Kata-kata Ira memeranjatkan Affy . "Hm okay tapi dengan syarat Ira mesti call abang setiap hari ." Affy cuba memujuk hatinya dengan berkata begitu . Kata putus telah keluar dari mulut Affy . Seminggu kemudian , Ira telah berlepas ke England . Mujur kawan-kawan baiknya berada di situ dan menetap disana .

Jom kita TENGOK gambar mereka auch !
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jeng jeng jengggggg !! Tadaaaa !!


CERPEN : LUKA DI HATI BERDARAH LAGI

LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 8

WRITER ; NIARISYA
.
.
.
"Ira aku nak kau jadi kekasih aku ? Boleh kan ?" Pagi-pagi lagi Affy sudah membuat Ira marah . 'Mentang-mentang aku dah cantik . Kau baru nak melutut depan aku eh Affy' Hati Ira sakit , selepas apa yang berlaku senang-senang sahaja mahu dia menjadi kekasih hati Affy . Tidak mungkin , dia tidak akan terima Affy . "Hahaha,apa ? 'Girlfriend' kau ? Tak mungkin . Sebab aku dah bertunang . Oh ya kau kenal Aiman yang 'handsome' tu kan ? Ya aku dah tunang dengan dia . So jangan mimpi la nak jadi pakwe aku . Tak ingin aku ." Kali ini Ira pula berlaku kejam , setidak-tidaknya dia tidak menampar muka Affy sebagaimana yang Affy lakukan dahulu . Zass ! Kali ini hati Affy pula yang terluka . Biarkan dia rasa apa yang Ira rasa . Biarkan dia rasa bagaimana sakit yang Ira rasa . Hati Affy bagaikan ditusuk-tusuk oleh belati tajam . 'Kenapa !! Kenapa dia tak terima aku ?! Argh aku tak kira dia tunang orang ke apa ke . Dia mesti jadi milik aku . Aku janji. Ira aku akan dapatkan kau.' desis hati Affy.

"Kelas kamu semua tahu kan . Hari yang dinanti bakal menjelma . Hari kamu semua  'graduated' so saya nak kamu bersedia untuk kamu harungi hari-hari yang akan datang . Okay kelas bersurai ." Kata Prof Ina itu membuat hati Ira gembira . Dia bakal bergelar doktor tidak lama lagi . Tambahan , keputusannya sangat baik . Begitu juga Affy . Setelah Affy berpisah dengan Ara . Keputusan Affy kembali seperti sediakala . Manakala , Ara tidak pernah berubah . Sentiasa dengan keputusannya yang merosot . 'Ah biarlah . Aku boleh ulang semester ni.' Ara boleh lagi bersenang lenang semasa keputusannya amat merosot . "Wei perempuan ! Kau dengar sini , hidup kau tak akan senang aku akan pastikan kau merana suatu hari nanti , dan aku akan pastikan tunang kau tu siapa ? Aiman ya ? Dia akan jadi milik aku . Haha . Okay bye ." Ara sememangnya tidak pernah berubah . Akan tetapi siapa yang tahu ? TakdirNya ? Ara mampu merubah dirinya yang tidak lagi di Jalan Yang Lurus .

"Ira , mama suruh abang ambil Ira . Jom kita balik . Tapi sebelum tu teman akan abang pergi makan ye ?" Tunangnya , Aiman yang mengambilnya selesai sesi di U . 'Oh patutlah kau tak pilih aku Ira . Kau tunggu !' Affy semakin menggila . 'Aduh kacaknya Aiman , 'lets start a game' Ira aku rampas tunang kau nanti.' Ara berkata dalam hatinya . "Sedapkan makanan dekat sini?" Tanya Aiman . "Sedap." Jawab Ira sepatah . "Abang , Ira balik dulu . Ira ada kerja nak buat . Tak apa , Ira boleh naik teksi." Baharu saja Aiman hendak bercakap Ira sudah memotong percakapannya. Ira melangkah pergi meninggalkan tunangnya . Tiba-tiba ada seorang gadis duduk didepan Aiman . "Hai , you Aiman kan ? I Qaisara . Panggil I Ara dan I tahu you ni tunang Ira kan ? " Kali ini Ara akan musnahkan hubungan Ira dan Aiman . Sungguh perempuan yang bernama Ara tidak berhati perut . 'Cantik' desis hati Aiman . Mereka berbual . Tanpa sedar jam sudah menunjukkan pukul 3.00 petang . "Okay you I balik dulu . Nanti kita jumpa lagi." Aiman sudah mula terkena umpan yang Ara bagi . Hanya dengan kecantikannya sahaja mampu menggoda hati Aiman . Walhal baharu sekali berjumpa . Sudah jatuh hatikah ? Aiman , ialah mangsa kedua Ara .

Semenjak pertemuan Ara dan Aiman tempoh hari . Aiman bagaikan tiada masa untuk bersama tunangnya . Ira pula tidak perduli apa yang berlaku di sekelilingnya . Yang dia tahu hanya melarikan diri apabila terserempak dengan Affy . Ya ! Jejaka itu . Dia sedang cuba mendapatkan hati Ira . Namun seringkali ditepis kerana hati Ira bukan untuk sesiapa . Dia sudah penat menaruh hati pada Affy . Dia manusia biasa . Punya hati dan perasaan . Dia pernah berharap pada Affy sehingga hatinya hampir separuh mati . Dia terluka . Kecewa dengan kejadian tempoh hari . Bagi Ira , itu lah pengalaman paling pahit kerana Ara dia telah ditampar oleh Affy . Sungguh dia tidak dapat melupakan .

Kini Aiman , kerap keluar . Tetapi Ira tidak tahu bersama siapa , dan dimana lelaki itu berada . Tiba-tiba telefonnya berdering . "Ha ye hello , kenapa ?" Ira bertanya pada si pemanggil di corong telefon iaitu Mimi .

JENG !

JENG!

JENG! *SUARA LATAR

ACEWAH ADA SUARA LATAR PULAK KAN ?

NAK TAHU APA ENDING CERPEN NI ?

TERUSKAN BACA YA READERS .

[LIHAT DI BAWAH]

NAK TENGOK GAMBAR HEROIN TAK ? 

FUH MESTILAH NAK ! ..

1

2

3

Cantik kan ? Ishippp !

CERPEN : LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 7

LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 7

WRITER : NIARISYA
.
.
.

"Aku balik dulu .'Bye' !" Tanpa menunggu kata putus dari Affy , dia terus berlalu dan meninggalkan insan yang bernama Affy . "Ira ! Tunggu" Teriak Affy . Malang sungguh nasib jejaka itu. Ira tidak mendengar kata-kata Affy . Kini , Ira sudah tidak mempunyai perasaan pada Affy . Selepas kejadian itu , baginya Affy sudah tidak wujud . Malah dalam kotak ingatannya juga , sudah tiada lagi seorang insan yang bernama Affy yang dahulu pernah berada dalam hati Ira . "Hello , assalamualaikum papa . Ini Ira ni , malam ni ira balik ye pa ? Ira dah lama tak luangkan masa dengan mama dengam papa." Terubat juga rasa rindunya setelah mendengar suara ayahnya di corong telefon . "Ya Allah rindunya papa kat anak papa ni , balik lah . Kami tunggu , malam ni papa suruh mama masak 'special' punya untuk Ira ." Kata Umar . "Eh papanya , meh sini saya nak bercakap dengan anak saya pulak .. Asyik awak aje , bak sini telefon awak tu ." Puan Mia Laila , ya ! Dia ibu kepada Ira . "Sayang anak mama , malam ni balik ye . Mama masakkan makanan kegemaran Ira . Tak sabar mama nak jumpa kamu Ira . Ada benda penting mama nak cakapkan ." Kata Laila sambil memandang suaminya . "Oh okay boss , malam ni Ira datang dengan kawan-kawan Ira ." Panggilan diputuskan . "Wei Mimi , Putri . Malam ni tak payah masak . Kita makan kat rumah mama aku ." Ira memberitahu kepada Mimi dan Putri yang sedang leka dengan laptop masing-masing .

"Assalamualaikum , mama , papa ..." Ira memberi salam . Pintu di buka oleh Laila,mamanya . "Ha dah sampai pon anak kita bang , eh ni Mimi dengan Putri  kan ?" Soal Laila . "Dah besar dah ye , dulu kecik aje ." Seloroh Laila . "Ha ni jemput makan , asyik nak berborak aje , bila nak makan pun papa tak tahu la ."  Umar menghentikan perbualan Laila bersama mereka . "Erkk sedapnya masakan makcik . Alhamdulillah kenyang . Hehe." Mimi ketawa kecil . "Fuh dah lama tak makan masakan makcik , makin lama makin sedap." Puji Putri . "Sedap,sedap" Ira menyambung makan nasi yang berlaukkan kari kepala ikan . "Sedap sangat la tu." Kata umar . 'Apa papa ni orang tengah syok makan dia tegur pulak . Aduhai lantak la labu , lepas ini aku nak tambah lagi . Dah lama tak rasa air tangan mama . Kari kepala ikan pulak tu' Selera Ira makin bertambah . Selesai makan mereka menuju ke ruang tamu . "Kalau macam ni la tiap hari ma , Ira boleh kenyang seminggu tau ! Hehe." Ira berseloroh . "Pandai Ira buat lawak ." Tambah Laila . "Anak sape , mesti lah anak abang . Ikut ayah dia." Umar membetulkan cermin matanya sambil tersenyum . "Ira , sebenarnya papa dengan mama nak beritahu sesuatu ." Umar berkata . Serius ! . "Apa dia ?" Soal Ira . "Sebenarnya ada orang hantar cincin tunang . Ini dia." Laila menunjukkan cincin itu kepada Ira . "Oh siapa yang bagi ni ma ?"Laila tidak sabar menunggu jawapan dari mulut ibunya ."Aiman anak maklang . Tapi kalau Ira tak terima kami pulangkan balik cincin ni . Tak elok disimpan lama-lama . "Okay Ira setuju." Mimi , Putri , Laila dan Umar terkejut dengan jawapan Ira . "Okay kalau macam tu esok maklang datang . Esok mama beri jawapan kamu tu ye ." Laila bersuara.

"Weh serius ke kau nak tunang dengan Aiman tu ? Seingat aku la dia buaya darat tau . Memang lah dia kacak tapi kau serius ke ?" Mimi dan Putri menanyakan soalan yang sama . "Ye aku serius , lagi pu  aku dah tak ada perasaan apa-apa dekat si Affy tu dan aku masih lagi tak akan maafkan dia ." Lancar Ira berkata . "Eh korang jom masuk tidur , aku dah ngantok lah . Esok ada kelas lagi . Esok nak kena hadap muka Affy tu lagi . Aku berbulu betul . Hahaha aduhai ." Seloroh Ira . Mereka bertiga masuk tidur . Lena diatas katil kesayangan mereka ditambah lagi dengan pendingin hawa yang membuatkan mereka tidur dengan nyenyak . "Korang pergila mandi . Kita dah lambat ni nak pergi kelas ." Ira mengejutkan Mimi dan Putri . 'Dia orang ni kalau tidur , tidur mati .. Geram pulak aku .' Hatinya berdesis menandakan geram . "Haa ambik kau" Ira menjirus dua insan yang sedang nyenyak tidur itu dengan gayung . "Ha bangun pun , dah sekarang pergi mandi." Tegas Ira .

CERPEN LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 6

LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 6

WRITER : NIARISYA
.
.
.

"Assalamualaikum , Mimi , Putri aku dah balik ." Ira melangkah masuk . Putri dan Mimi menyerbu ke arah Ira . "Kepala kau !" Serentak Mimi dan Putri berkata . "Ye aku tahu , ada darah kan ? Tak apa . Tak sakit pon . Hati aku ni ha yang sakit ." Ira tiba-tiba tersenyum sinis . "Apa yang Affy dengan Ara dah buat dekat kau ?" Mimi cuba meneka . Dia tahu apa yang di pendamkan oleh Ira . "Si Ara tu , dia tak puas hati dengan keputusan aku . Lepas tu dia tolak aku sampai kepala aku berdarah kena bucu meja dan dia boleh pulak buay part time berlakon ,si Ara tu buat-buat jatuh . Apa lagi marah la setan tu . Dia tampar muka aku .. Mimi , Putri .. Aku dah tak tahan lagilah . Weh hati aku ni sakit . Sakit sangat ." Airmata jernih milik Ira terus mengalir . Ira dipeluk oleh mereka berdua . Mimi dan Putri . "Lepas ni kau jangan layan dua ekor iblis setan tak guna tu . Tengok la apa si Affy tu dapat lepas ber'couple' dengan muka tepung gomak tu . Sebab haritu aku nampak dia keluar dengan kawan abang aku . Dah wei kau sabar je . Tengok la apa jadi lepas ni ." Putri tersenyum sinis . Dia tahu apa akan terjadi selepas ini . "Ya Allah aku tak sangka perempuan tu sanggup buat kau macam ni Ira . Macam-macam dah dia buat kat kau , tapi kau tak balas pun . Tabahnya hati kau Ira ." Tambah Mimi lagi . "Wei korang , aku ada plan . Plan yang akan membuatkan rambut dia jadi hijau macam 'Mak Kau Hijau' hehehe . Kau tengok eh rambut dia yang berkarat tu akan berubah warna esok ." Putri ketawa . "Kita orang nak join" kata Mimi dan Ira ."Eh boleh sangat sangat sangat sangat ." Mereka pandang sesama sendiri dan berbincang untuk mengenakan si 'Rambut Karat' tu .

Pagi yang indah dan tenang itu , Ara nikmati sepenuhnya sebelum melangkah kaki ke kelas bersama Affy . "Baby , I lapar . Jom pergi kafeteria . You belanja I ye ?" Manja suara 'Si Gedik' itu bersuara . Affy mengangguk . Tiba-tiba ada cecair yang berwarna hijau meleleh di atas kepala Ara . Ya ! Itu cat dia yakin . Baunya pun sudah mampu dikatakan itu cat . "Ahhhh, apa ni! Tak guna ! Baby tolong I . Rambut I , rambut I ." Ara menghentakkan kakinya . "Haha ups sorry sayang . Jom pergi basuh . " Hati Affy tergeletek melihat keadaan Ara seperti itu. Selepas membasuh , rambut Ara yang berwarna hijau itu . Mereka melangkah meninggalkan kafeteria . Warna cat itu melekat dirambut Ara . Ramai yang mengetawakan Ara . Mungkin kelakar agaknya melihat rambut itu seperti makhkuk asing . Ada tiga gadis yang melangkah masuk ke kelas Prof Ina . Mereka adalah Ira , Mimi , Putri . Penampilan dan gaya mereka sudah berubah . Semua mata memandang mereka . Penampilan yang dulu mereka hina telah menjadi penampilan yang selalu dipandang orang . Semalam , mereka telah membeli-belah dengan sakan . Mereka kini sudah pandai memakai 'make up' . Dulu wajah mereka bertiga pucat . Dulu wajah mereka bertiga sering menjadi mangsa cacian dari mulut-mulut yang disekeliling mereka. Sekarang, wajah mereka sudah berseri . Sekarang wajah merekalah yang sering menjadi tumpuan . Ira sangat cantik bagai bidadari dari langit . Dengan sentuhan semulajadi alat solek di muka Ira . Semua mata tidak pernah lepas memandang . Ya ! Sangat jelita sehingga ada insan yang jatuh cinta . Affy  ! Dialah jejaka yang jatuh cinta itu . Tapi sayangnya , Ira sudah tidak memiliki apa-apa perasaan pada Affy insan yang pernah menampar mukanya dahulu . Apabila dibandingkan Ira dan Ara , Ira lebih cantik dan jelita berbanding Ara kerana alat solek di muka Ira tidaklah 'setebal' alat solek yang berada di muka Ara . Ira kini menjadi gadis yang menjadi pujaan ramai jejaka , dan bukan lagi Ara .

"Em Ira , aku minta maaf .. dan aku harap kita boleh berkawan balik seperti semula . Aku yang salah , sekarang aku dah 'clash' dengan Ara . Sebab dia .. dia curang dengan aku , dia ada lelaki lain . Malah aku baru tahu dia ada 'skandal' . Ramai pulak tu . Hm ." Affy mengeluh . Ira tersenyum sinis . "Kau nak apa ni ?" Ira bersuara . "Aku .. aku kalau boleh nak kita jalinkan hubungan .. em ... em..." Affy tergagap-gagap . "Hubungan apa?" Sekali lagi Ira tersenyum sinis.