Monday 8 August 2016

CERPEN ; LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 11

LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 11

WRITER ; NIARISYA

.
.
.
GUYS LEPAS NI KORANG KENA TUNGGU ISYA PUBLISH AND UP TO DATE SIRI YANG KE 12 OKAY READERS2 YANG DISAYANGI SEKALIAN ..

"Abang , cepat lah . Ira dah lambat ni ." Laung Ira dari tingkat bawah . Ira dan Affy sudah berpindah ke rumah sendiri , untuk berdikari sebagai suami isteri yang sah . Dr.Nia Hadira , ya ! Selepas Ira pulang ke Malaysia , beberapa minggu kemudian Ira mendapat tawaran dari sebuah Hospital kerajaan di Kuala Lumpur . Affy juga seorang doktor , tetapi dia pula mendapat tawaran dari Hospital swasta yang juga terletak di Kuala Lumpur . Affy sudah menyandang gelaran Dr. Affy Al-Rayyan , sebulan sebelum Ira pulang ke Malaysia . Jadi , lelaki itu sudah terbiasa dengan kerjanya sebagai doktor . "Okay-okay abang datang ! Kejap ! Mana Ira letak tali leher abang?" Affy pula yang geram dengan Ira .'dah tahu lambat tolong carikan tali leher abang .. Lagipun abang yang drive , bukan Ira .' Desisnya . "Dekat dalam almari la bang . Ha cepat sikit tau . Lambat dah ni ." Laung Ira dari tingkat bawah . "Ha okay dah jumpa . Lain kali cakap la awal-awal ." Affy sedang mengikat tali lehernya . 'Huh kesian pulak laki aku ni' Ira berasa kasihan terhadap suaminya yang sedang mengikat tali leher , yang sepatutnya menjadi tugas isteri . "Ish sini la Ira tolong . Kesian abang ." Ira mempamirkan senyuman manisnya . 'Eh Ira ni menggoda je karang tak jadi pergi kerja kang' Affy tersenyum nakal . "Okay dah siap boss" Ira membetulkan tali leher Affy supaya kelihatan kemas . Dalam perjalanan sempat mereka singgah membeli nasi lemak kukus berlauk di gerai Mak Teh . "Abang kejap lagi jemput Ira tau . Macam biasa pukul 6 okay ? Bye abang ." Ira menghempaskan pintu kereta . "Okay sayang ." Affy tersengih . ' Ish bini aku ni kasar jugak kan , nasib baik mercedes aku ni kebal . Kalau tak dah lama cabut dah .' Sempat lagi Affy merenung Ira dari jauh . Pacuan empat roda itu terus memecut meninggalkan hospital itu . "Alhamdulillah sampai pon " . Affy sudah sampai ke hospital itu , yang sudah menjadi tempatnya berkerja . Affy melangkah masuk ke hospital ramai peminat Affy di Hospital termasuk doktor-doktor dan jururawat di situ meminati Dr. Al-Rayyan . Mata Affy memandang ubat yang berada di tangannya itu . "Nurse saya nak nurse beri ni pada pesakit saya ". Affy mengarahkan jururawat itu supaya menjalankan kerjanya . Jururawat itu memandang Affy dengan polos . "Baik doktor Affy , I beri pada pesakit you ni ya doktor" . Jururawat yang bernama Linda itu mengenyitkan matanya pada Affy . Sayangnya Affy tidak pandang wanita itu . Padan muka Linda ! Affy sudah masak perangainya itu . Tergedik gedik sudah serupa sotong . Menggeletis sahaja !

   "Sayang abang dah balik". Affy menanggalkan kasutnya perlahan lahan . "Uwerkkk" Kedengaran Ira muntah di bilik air tingkat atas . Lantas Affy melangkah ke tingkat atas . "Ira okay tak ni ? Macam tak okay je ? ."  Tanya Affy . "Entahlah Ira rasa loya la . Takpela bang Ira nak tidur dulu " Ira berkerut menahan loya . "Uwerkkk" Affy memapah Ira ke atas katil . "Ish sayang jom pergi klinik nak ? Kita check up . Risaulah abang ." Ira menggelengkan kepalanya . "Ira nak tidur je la, by the way makanan dah ada kat bawah tudung saji . Abang makan la ye . Ira tak larat nak turun bawah . Rasa nak tidur je ni ". Affy mengusap kepala isterinya itu . "Iye sayang takpe . Affy makan sekejap ye . Karang Affy naik balik atas ". Affy melangkah keluar dari biliknya .
'Ting tong' Affy meluru ke pintu rumahnya dan apabila pintu itu dibuka . Wajah yang dibenci Affy itu terus memeluk Affy . "Kau nak ape ni Linda . Kau ingat sikit aku ni suami orang . Please berhenti kejar aku . Kau tak malu ke ha . Banyak laki lain kat luar sana . Dengar sini eh aku tak suka tengok muka kau benci tahu . Benci ". Affy terus menghempas pintu rumahnya . "Betina ni murah betul maruah kau !" Affy mendengus kasar .

(HAAAA YG KE 11 NI MOHON JANGAN MUNTAH . TAPI SWEET KAN ? AUCH . SI AFFY TU CARE . TUNGGU YANG KE 12 . TENGOKLAH PERANGAI IRA MASA MENGANDUNG ! MESTI KORANG GELAK AND RASA GERAM .. TELUR DINASOUR LA IKAN YU LAH . MACAM MACAM MENGIDAM )

HAAA SABAQ NAAAAA !!!!!!

[LIHAT DI BAWAH 😍😍😍😍]











































.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

No comments:

Post a Comment