Sunday 7 August 2016

CERPEN : LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 2

LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 2

WRITER : NIARISYA
.
.
.
Affy mengugut . "Sehari kau tak ugut aku tak boleh ke ? Aduhai." Kali ini Ira sudah mula mengalah . "Okay sekarang aku nak kau makan . Sedap ni ." Affy memegang sepinggan mi goreng yang masih lagi panas dan berwap dan di letakkan di depan Ira . Bau mi goreng yang masih lagi berada di depannya mencucuk hidung , kerana rasa lapar , Ira menyuap sesudu mi goreng tadi . "Erkkk , Alhamdulillah.. ops sorry affy aku tak sengaja kenyang sangat.. By the way thanks sebab belanja aku makan." Ira tersenyum senang . "Alah , 'no prob' la , kau kan kawan aku..Aku tak nak kawan aku ni kejap lagi takde tenaga masa belajar lagi-lagi kelas Prof Ina tu ha." Lalu Affy dan Ira melangkah pergi meninggalkan kafeteria. "Em , Ara tu bukan Affy ke ? Eh dia dengan siapa tu ?" Aimira sengaja mahu membuatkan api amarah Qaisara lebih membara, walhal dia tahu siapa yang sedang berjalan di sisi Affy . Nia Hadira , dia pasti itu orangnya . "Mana ?" Lantas Ara memandang sekilas kepada orang yang berada di sebelah Affy . 'Ish , tak boleh jadi ni . Affy tu aku punya . Setakat orang macam kau Ira , kau tak layak jadi permaisuri dalam hati dia !' semakin hari rasa benci kepada Ira makin bertambah . Sedangkan, Ira tidak pernah menyakiti hati Ara . Ini Ara lah, siapa tidak kenal dia . Anak dato' yang dengki dan bongkak .

   "Okay kelas , siapkan tugasan yang saya beri tu ye . Kalau kamu tak siap . Markah kamu akan dipotong . Jadi saya harap membuat tugasan secara individu ni . Dapat mengajar kamu erti berdikari ." Prof Ina memandang gadis yang sedang leka meletakkan bedak di atas kulit mukanya yang gebu itu . "Yang sedang tacap muka dengan bedak cap gajah tu , dengar tak apa yang saya cakapkan tadi ?" Tegur Prof Ina dengan nada suara memerli . Selalunya , dialah orang yang selalu ditegur setiap kali ada kelas bersama Prof Ina . Qaisara . Ya dia tidak pernah, peduli apa yang dicakapkan oleh Prof Ina . Tidak mengapa dia anak dato' , kalau gagal ujian akan datang . 'Petik jari sahaja' ayahnya akan memberi peluang untuk dia mengulang semula semester . 'Apa Prof ni , malukan aku. Bodoh punya orang tua .' katanya dalam hati dengan riak muka yang tidak bersalah . "Oh ya lagi satu Ara saya nak jumpa dengan awak selepas ini." Kata Prof Ina lagi . "Ara awak tahu kan apa sebab saya nak jumpa awak ? " Prof Ina memandang gadis yang berada di hadapannya itu . "Em mana lah saya tahu prof , saya bukannya bomoh nak meramal ni." Ara membuat mukanya iaitu muka tidak tahu apa-apa. "Ara kalau awak nak tahu , awaklah orang yang paling teruk dan merosot di dalam subjek yang saya mengajar, so I want to you change your attitude . Your attitude is so bad . Awak tak malu ke ? Semasa saya sedang mengajar , semasa semua orang menumpukan perhatian untuk belajar bersama saya . Awak boleh lagi  pakai 'makeup'. Sedangkan yang lain berlumba-lumba untuk menuntut ilmu . Ubah perangai awak la Ara . Sekali lagi saya pesan ilmu tu penting . Tak guna dah cakap dengan orang macam awak ni . Kalau awak rasa awak nak berubah , saya akan sokong awak .. Tapi jika awak masih berdegil , up to you . I don't care anymore about your lesson and terserah ." Kali ini Prof Ina sangat geram akan perangai Ara yang menjengkelkan . Disebabkan itu lah Ara terpaksa berdiri sepanjang 'ceramah' percuma dari Prof Ina .
 
  "Eee , Prof tu membebel aje kerja , macam takde benda lain nak buat dah." Mira terpaksa mendengar keluhan dari mulu Ara . "Alah , rilek la dia tu memang macam tu . Tua nak mampos . Kerja nak membebel je . Mesti berasap telinga kau kan Ara ?" Mira sentiasa menyokong Ara walaupun dari segi negatif . "Benci pulak aku , eh dah la .. jom kita balik .. then kita shopping .. malam ni aku nak pergi party anak tan sri yang 'handsome' tu." Ara memang tak pernah berdikari , Ara tidak pernah berdiri di atas kaki sendiri . Gadis itu sentiasa mengharapkan pertolongan ayahnya. "Hai daddy , boleh tak Ara dengan Mira nak pinjam kad kredit daddy ? Sebab kita orang nak shopping la daddy baju semua dah habis ." Pujuk Ara . Habis ? Baju Ara sudah dua almari , itu pun masih tidak cukup lagi bagi Ara . Tidak bersyukur .

BERSAMBUNG ... LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 3 !

1 comment:

  1. youtube - Videoodl.cc: Video-odl
    YouTube (FHDTV) is the internet's biggest social network. It offers you access to over youtube to mp3?trackid=sp-006 265 million views a year. The channel was founded in 2017 and has

    ReplyDelete