Sunday 7 August 2016

CERPEN : LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 4

LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 4

WRITER : NIARISYA
.
.
.

Affy menghadiahkan senyuman manis pada Ira . Ira membalas senyuman . "Hehe ini untuk aku ? Series ke ? Macam tak percaya je kawan aku ni bagi hadiah , sebelum ni tak pernah pun kau bagi hadiah kat aku." Ira  bertanya , dengan tanda soal di kepalanya."Aku bagi hadiah ni sebab kau dah banyak bantu aku , dalam tugasan yang Prof Ina beri dan ini sebagai tanda terima kasih aku kat kau sebab selalu teman aku masa takde orang nak kawan dengan aku." Kata-kata Affy bagaikan memberi harapan pada Ira untuk dia meluahkan perasaannya yang terpendam . Bagi Ira , Affy juga menyimpan perasaan yang sama . Namun, sangkaan Ira salah . Affy hanya menganggap Ira sebagai kawan baik sahaja . Cinta Ira bertepuk sebelah tangan . Malang sungguh nasib gadis itu. "Oh macam tu , okay .. apa sahaja untuk kau Affy . Kalau kau ada masalah dalam subjek Prof Ina , kau boleh minta aku tolong . 'Anytime , anywhere' boleh je ." Hati Ira bagaikan berada di taman bunga , setelah mendengar kata-kata Affy tadi . "Wei , kau ni Affy keluar la cepat . Dalam rumah ni lelaki tidak dibenarkan masuk tahu ? So nanti-nanti lah ye nak borak dengan Ira . Tak menyempat-nyempat pulak kau eh ? Haha ." Seloroh Syamimi . Perlakuan Syamimi memang begitu . Sama sahaja seperti Putri . Masing-masing suka berkelakuan bersahaja biar orang di sekeliling mereka nampak yang , perangai mereka tidak di 'buat-buat' seperti Ara dan Mira ."Okaylah Ira . Aku balik dulu , esok kita pergi kelas Prof Ina sama-sama." Affy mengenyitkan mata pada Ira . Ya , manakan tidak hati Ira tidak berbunga-bunga ? Affy seorang jejaka yang kacak dan mempunyai rupa .

"Wei bangun,dah pagi ni kau tak pergi kelas ke ?" Putri mengejutkan Ira . Jam sudah menunjukkan pukul 8.00 pagi , tetapi Ira masih belum bangun . Ira masih belum bangun dari tidur nyenyaknya ."Eh,panasnya dahi kau Ira .. Wei Mimi , cuba rasa dahi Ira ni . Ira demam ni ." Putri menyentuh lagi dahi Ira . Ira demam . "Ha'ah panas badan Ira ni , tak ape lah Put , nanti kita bagitahu Prof Ina . Ira tak payah datang kelas pagi ini , karang tak pasal-pasal pengsan anak orang ni ." Jelas Mimi . "Ira , aku dengan Mimi pergi kelas dulu ye ? Jaga diri . Makan minum kau aku dah sediakan ." Putri sangat menyanyangi Ira seperti adiknya sendiri . "Put , Mimi . Mana Ira aku tak nampak pun ?" Affy pelik , selalunya Ira pasti ada bersama dengan dia setiap pagi . "Ira tak datang , dia ada di rumah . Dia demam panas !" Kata mimi sambil membetulkan tudungnya . "Oh alah , tak seronok la dia tak ada ." Affy seperti orang hilang anak . "Okay kelas , saya harap kamu semua dapat berikan yang terbaik semasa ujian akan datang ." Lancar Prof Ina berkata. Dalam diam ada sepasang mata sedang memerhati Affy , ya dia , Qaisara anak Dato'Hamza ."Hai Affy , mana kesayangan you tu ? Alah takkan tak tahu , your girlfriend Ira ." Nada suara Ara mengalahkan kucing parsi . Gedik! . Affy terpegun melihat paras rupa Ara . "Eh mana ada , dia kawan je lah Ara. Tak boleh lebih dari itu . Sebab hati I dah ade orang pegang . Its you Ara . Hehe." Affy sudah mula memakai kuasa veto miliknya . Ayat-ayat manis yang keluar dari mulut Affy sangat meyakinkan Ara untuk memiliki hati Affy . Dia cantik . Sudah tentu Affy menyukainya . Dia pasti hati jejaka itu , akan dia raih dengan penuh kebanggaan sebentar lagi . 'Haha , Ira .. Ira .. Kesian dekat kau betina ! Affy pilih aku bukan kau.' Hati jahat Ara mula berkata-kata . Ara mengambil kesempatan pada Affy untuk lebih dekat dengan jejaka itu . Tanpa sedar , lama kelamaan , talian persahabatan Ira dan Affy mula renggang . Seolah-olah ada jurang yang memisahkan mereka . Jurang yang dibuat oleh Ara . Gadis cantik bertumit tinggi itu .

"Hello , assalamualaikum .. Affy jom keluar makan . Kali ni aku pulak yang belanja kau ." Ira bersuara di corong telefon . "Kau ni Ira , dah dah la tu call aku , aku busy la . Nak buat tugasan yang prof bagi . Nanti-nati la ! . Okay bye ." Nada suara Affy seperti orang yang marah . Sudah tentu dia sedang melayan Ara . Gadis cantik yang di puja ramai jejaka . Dia sudah mula tidak mahu berhubung dengan Ira lagi .

1 comment:

  1. Harrah's Cherokee Casino & Hotel - Mandiri Travel Center
    Located 천안 출장마사지 in Cherokee, North 사천 출장마사지 Carolina, Harrah's 경기도 출장샵 Cherokee Casino & Hotel is within a 15-minute 부산광역 출장안마 drive of Hard Rock International 서울특별 출장샵 Airport.

    ReplyDelete