Sunday 7 August 2016

CERPEN : LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 5

LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 5

WRITER : NIARISYA
.
.
.
Hati Ira bagaikan di hiris dengan pisau . Mata persis puteri kayangan milik Ira mula mengeluarkan mutiara halus , berwarna jernih . Tanpa Ira sedar , dia menangis ! . Luka di hati Ira berdarah lagi . Dia seakan akan mayat hidup . Tidak mahu makan dan minum , namun dipaksa oleh Mimi dan Putri . Rajuk Ira belum hilang selepas kejadian kelmarin . Ira hilang kawan baiknya , dia juga hilang jejaka yang diidamkan selama ini , jejaka yang ditatang bagai minyak yang penuh . Ira bagaikan hilang separuh nyawanya kerana jejaka itu Affy . Matahari sudah mula terbit dari paksinya . Ayam sudah mula berkokok , menandakan hari sudah siang . Ira sedar dia sudah tidak diperlukan oleh Affy . Tetapi , perasaan cinta Ira yang mendalam , masih tidak lagi hilang. Dia terus meletakkan harapan pada jejaka itu . "Morning Ira , aku dah buat sarapan . Jom lah minum . Kejap lagi kita gerak pergi kelas . Tak sabar aku nak pergi kelas Prof Ina tu . Aku nak tengok pasangan gatal tu bermesra ." Mimi berkata sambil tersenyum sinis . Ira tahu Affy dan Ara sudah mula menjalinkan hubungan . Entah sampai bila hubungan mereka mampu bertahan kerana Ara mempunyai ramai 'skandal' iaitu lelaki simpanan yang Affy tidak pernah tahu . Ara dan Affy mula melangkah untuk pergi ke kelas selepas meninggalkan kereta mewah milik Affy . "Mira , semalam prof ada bagi tugasan baru tak ? " Kata Ara sambil memegang tangan sasa milik Affy . "Ada , aku dah buat dah ." Mira berkata jujur . "Oh malas aku nak buat . Semak kepala je . Lantak tua tu nak bebel apa kat aku . Dah biasa ." Ara tidak perduli perkembangan tugasan yang Prof Ina beri . Muka sahaja cantik tapi pemalas. Berhati busuk ! Sanggup Ara panggil Prof Ina 'Tua'. "Baby , jom lah masuk kelas . Kaki I dah letih diri lama-lama kat sini ." Ara merengek seperti budak kecil . "Alalala , jom sayang kita pergi ." Affy bersuara sambil mengemaskan lagi pegangan tangannya pada Ara . Dalam bahagia yang mereka cipta . Ade sepasang mata yang sedang menahan air matanya dari terus mengalir . Ira ! Bekas kawan baik Affy . 'Ah , perdulikan Ira . Kau kuat . Biarkan dia orang .' desis hati Ira . Dengan azam yang kuat . Di melangkah masuk ke kelas Prof Ina . Dia tidak menghiraukan pasangan yang sedang hangat bercinta itu . "Wah Ira , bagus la keputusan kau . Aku bangga ada kawan macam kau ." Ira dipeluk oleh dua orang kawan baiknya Mimi dan Putri . "Alah , aku bersyukur sangat . Sekurang-kurangnya aku ada masa depan yang cerah pada masa akan datang . Alhamdulillah ." Ira sangat gembira dengan keputusannya pada ujiannya . Tidak sia-sia dia memerah tenaga .

Affy dan Ara memandang ke arah Ira . Mereka sungguh tidak puas hati dengan Ira kerana keputusan mereka tidak sebagus Ira . Mereka cemburu . Dahulu , Affy seorang pelajar yang pintar , namun sejak menjalinkan hubungan dengan Ara . Dia juga sudah mula terjebak sama . Keputusannya kali ini , sama seperti Ara . Merosot ! . "Puas hati kau dapat pujian dari prof ? Puas ke betina ?" Ara menolak Ira sehingga terjatuh . Kepala Ira terkena bucu meja . Berdarah . "Kau nak apa lagi ni Ara ? Kau yang tak usaha bersungguh-sungguh . Jadi 'result' kau sama macam usaha kau . Kan sepadan tu ." Kali ini Ira membalas dengan kata-kata yang menyakitkan hati Ara . Ara sengaja menjatuhkan dirinya agar Affy memarahi Ira . "Baby , you tengok perempuan ni . Dia tolak I sampai jatuh ." Lakonan Ara menjadi . Tanpa soal selidik . Selayang tamparan milik Affy , terus hinggap ke pipi gebu Ira . Hati Ira terluka . Dia tidak pernah menyangka yang Affy akan menampar dirinya . "Kau pahal ? Aku tak buat apa apa pun dekat makwe kau ni ! Makwe kau ni kan . Pandai berlakon kan ? Pandai kau ajar dia setan ! Lepas ni jangan berani tunjuk muka kau orang berdua kat aku ! . Oh ya ini , hadiah yang kau beri pada aku ." Ira tidak mahu mengalah seakan-akan orang bodoh . Dia mencampak kan hadiah itu yang kebetulan berada di dalam beg tangannya . Bup ! Hadiah itu berada di kaki Affy . "Hadiah ni kau boleh buang." Affy tersenyum sinis . Ira tidak memperdulikan dua insan di depan matanya . Ira terus melangkah pergi dari situ .

.
.
Bawah ni gambar Affy Al Rayyan .
Ish mesti rasa nak lempang kan ? Eh jangan lempang hero tu ..
Next ! Kita tengok apa jadi
.
.
.

No comments:

Post a Comment