Monday 8 August 2016

CERPEN : LUKA DI HATI BERDARAH LAGI

LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 8

WRITER ; NIARISYA
.
.
.
"Ira aku nak kau jadi kekasih aku ? Boleh kan ?" Pagi-pagi lagi Affy sudah membuat Ira marah . 'Mentang-mentang aku dah cantik . Kau baru nak melutut depan aku eh Affy' Hati Ira sakit , selepas apa yang berlaku senang-senang sahaja mahu dia menjadi kekasih hati Affy . Tidak mungkin , dia tidak akan terima Affy . "Hahaha,apa ? 'Girlfriend' kau ? Tak mungkin . Sebab aku dah bertunang . Oh ya kau kenal Aiman yang 'handsome' tu kan ? Ya aku dah tunang dengan dia . So jangan mimpi la nak jadi pakwe aku . Tak ingin aku ." Kali ini Ira pula berlaku kejam , setidak-tidaknya dia tidak menampar muka Affy sebagaimana yang Affy lakukan dahulu . Zass ! Kali ini hati Affy pula yang terluka . Biarkan dia rasa apa yang Ira rasa . Biarkan dia rasa bagaimana sakit yang Ira rasa . Hati Affy bagaikan ditusuk-tusuk oleh belati tajam . 'Kenapa !! Kenapa dia tak terima aku ?! Argh aku tak kira dia tunang orang ke apa ke . Dia mesti jadi milik aku . Aku janji. Ira aku akan dapatkan kau.' desis hati Affy.

"Kelas kamu semua tahu kan . Hari yang dinanti bakal menjelma . Hari kamu semua  'graduated' so saya nak kamu bersedia untuk kamu harungi hari-hari yang akan datang . Okay kelas bersurai ." Kata Prof Ina itu membuat hati Ira gembira . Dia bakal bergelar doktor tidak lama lagi . Tambahan , keputusannya sangat baik . Begitu juga Affy . Setelah Affy berpisah dengan Ara . Keputusan Affy kembali seperti sediakala . Manakala , Ara tidak pernah berubah . Sentiasa dengan keputusannya yang merosot . 'Ah biarlah . Aku boleh ulang semester ni.' Ara boleh lagi bersenang lenang semasa keputusannya amat merosot . "Wei perempuan ! Kau dengar sini , hidup kau tak akan senang aku akan pastikan kau merana suatu hari nanti , dan aku akan pastikan tunang kau tu siapa ? Aiman ya ? Dia akan jadi milik aku . Haha . Okay bye ." Ara sememangnya tidak pernah berubah . Akan tetapi siapa yang tahu ? TakdirNya ? Ara mampu merubah dirinya yang tidak lagi di Jalan Yang Lurus .

"Ira , mama suruh abang ambil Ira . Jom kita balik . Tapi sebelum tu teman akan abang pergi makan ye ?" Tunangnya , Aiman yang mengambilnya selesai sesi di U . 'Oh patutlah kau tak pilih aku Ira . Kau tunggu !' Affy semakin menggila . 'Aduh kacaknya Aiman , 'lets start a game' Ira aku rampas tunang kau nanti.' Ara berkata dalam hatinya . "Sedapkan makanan dekat sini?" Tanya Aiman . "Sedap." Jawab Ira sepatah . "Abang , Ira balik dulu . Ira ada kerja nak buat . Tak apa , Ira boleh naik teksi." Baharu saja Aiman hendak bercakap Ira sudah memotong percakapannya. Ira melangkah pergi meninggalkan tunangnya . Tiba-tiba ada seorang gadis duduk didepan Aiman . "Hai , you Aiman kan ? I Qaisara . Panggil I Ara dan I tahu you ni tunang Ira kan ? " Kali ini Ara akan musnahkan hubungan Ira dan Aiman . Sungguh perempuan yang bernama Ara tidak berhati perut . 'Cantik' desis hati Aiman . Mereka berbual . Tanpa sedar jam sudah menunjukkan pukul 3.00 petang . "Okay you I balik dulu . Nanti kita jumpa lagi." Aiman sudah mula terkena umpan yang Ara bagi . Hanya dengan kecantikannya sahaja mampu menggoda hati Aiman . Walhal baharu sekali berjumpa . Sudah jatuh hatikah ? Aiman , ialah mangsa kedua Ara .

Semenjak pertemuan Ara dan Aiman tempoh hari . Aiman bagaikan tiada masa untuk bersama tunangnya . Ira pula tidak perduli apa yang berlaku di sekelilingnya . Yang dia tahu hanya melarikan diri apabila terserempak dengan Affy . Ya ! Jejaka itu . Dia sedang cuba mendapatkan hati Ira . Namun seringkali ditepis kerana hati Ira bukan untuk sesiapa . Dia sudah penat menaruh hati pada Affy . Dia manusia biasa . Punya hati dan perasaan . Dia pernah berharap pada Affy sehingga hatinya hampir separuh mati . Dia terluka . Kecewa dengan kejadian tempoh hari . Bagi Ira , itu lah pengalaman paling pahit kerana Ara dia telah ditampar oleh Affy . Sungguh dia tidak dapat melupakan .

Kini Aiman , kerap keluar . Tetapi Ira tidak tahu bersama siapa , dan dimana lelaki itu berada . Tiba-tiba telefonnya berdering . "Ha ye hello , kenapa ?" Ira bertanya pada si pemanggil di corong telefon iaitu Mimi .

JENG !

JENG!

JENG! *SUARA LATAR

ACEWAH ADA SUARA LATAR PULAK KAN ?

NAK TAHU APA ENDING CERPEN NI ?

TERUSKAN BACA YA READERS .

[LIHAT DI BAWAH]

NAK TENGOK GAMBAR HEROIN TAK ? 

FUH MESTILAH NAK ! ..

1

2

3

Cantik kan ? Ishippp !

No comments:

Post a Comment