Friday 9 December 2016

Luka Dihati Berdarah Lagi 13

LUKA DI HATI BERDARAH LAGI 13

AUTHOR : AIN BATRISYIA AZHAR

.
.
.

        Malam itu , Ira mengidam untuk makan laksa . Ira mengejutkan Affy untuk bangun dan belikan laksa untuk dia . "Abang .. bangun la .. Ira lapar la . Baby dalam perut ni lapar . Anak abang nak makan laksa ni." Ira membuat suara manja . "Erm esok la sayang ." Affy tidak mengendahkan panggilan Ira kerana masih mengantuk . Ira sudah mengejutkan Affy beberapa kali sampai Ira sudah muak dan bertindak untuk keluar rumah pada waktu malam seorang diri dengan membawa kereta semata-mata untuk membeli laksa . "Ish kenapa la aku tak pujuk Affy tadi , ni nak beli laksa kat mana malam-malam buta ni . " Ira menghentak stereng kereta . Ira memandu tanpa hala tuju , akhir sekali dia membuat keputusan untuk balik ke rumah ibunya . Dalam perjalanan Ira berasa sangat mengantuk . Ira tidak perasan bahawa di hadapannya ada sebuah lori . Dalam keadaan separuh sedar , dia ingin mengelak dari berlanggar dengan lori tersebut namun nasib tidak menyebelahinya . Lori tersebut tiba-tiba melanggar kereta Ira dan kereta Ira jatuh ke dalam gaung .

          "Ira !!!! " . Jerit Affy . Affy bangun dari mimpi ngeri dan melihat di sebelahnya .